Kahfi..
7 years ago
Diriku semakin dewasa.. perjalanan hidupku semakin singkat.. dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia; masa lapang dan nikmat sihat..


Lamanya tak posting di blog sendiri.. Cuti ni benar-benar merehatkan saya.. segalanya terasa tamat setelah habis menyiapkan projek ilmiah tempoh hari.. lega! alhamdulillah.. walaupun saya tahu penyelia tidak memberi gred A pada sesiapa yang di bawah penyeliaannya tetapi saya rasa saya dah cuba sedaay mungkin membuat yang terbaik.."The Relationship between Religiosity and Depression among Students of FST at ISUM"Itulah tajuk yang membuatkan saya berhempas pulas menyiapkan.. Saya tahu walaupun saya menyiapkannya agak lambat tetapi saya bersyukur... sebab tatkala saya sedang sibuk menyunting sana-sini saya boleh terus menjilid berbanding rakan lain yang masih menunggu respons dari penyelia mereka...Macam-macam saya belajar dalam menyiapkan kajian ilmiah saya. Walaupun mungkin ada yang berpendapat tugasan ini mudah namun cubalah sendiri. "99% usaha anda"- kata penyelaras saya. Sepanjang melakukannya pelbagai perkara suka duka yang dialami, dirasai dan dipelajari. Antaranya:- Fikir bagaimana merangka kajian.Walaupun pernah belajar Research and Methodology Course tapi masih banyak kelemahan dalam membuat proposal. Rasanya penulisan terlalu am dan tak menepati kehendak penyelia.Ditolak proposal kerana kandungan tidak sesuai. Ini juga menyebabkan saya hilang mood nak buat proposal. Menangguhkan kerjanya kerana tiada mood nak menulis dan mencari idea. Setelah dipaksa otak ini bekerja atas desakan-desakan luar maka siaplah juga proposal saya.- Cari bahan seperti instrument, kajian laluYang part ni saya suka buat sebab saya dapat jumpa pensyarah dari UPM dan UKM. Terima kasih penyelia kerana menemukan kami dengan mereka. Saya seronok jumpa Dr Lateef dari UPM dan Prof Dr Khairul Anwar dari UKM. Mereka sedaya upaya membantu. Saya dapat pun MRPI. Satu instrumen yang direka untuk mengukur tahap keagamaan bagi Muslim di Malaysia terutamanya. Susah nak cari instrumen keagamaan yang sesuai dengan orang Islam. Kebanjiran instrumen dari negara Barat terutamanya perlu disesuaikan dengan responden di Asia. Ini kerana kedudukan geografi sememangnya berbeza apatah lagi budaya dan latar belakang.Yang seronok lagi saya dapat melihat-lihat universiti lain melalui perpustakaannya. Tiga destinasi saya yang dikunjungi adalah UKM, UM dan UIAM. Setiap perpustakaan punya suasana yang berbeza-beza. Namun khazanahnya tidak ternilai. Menjumpai kajian yang berkaitan dengan tajuk memang menggembirakan.. syukur berkali-kali..Ok la..kita berjumpa lagi!

Ressa Herlambang – Menyesal
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia
reff:
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela
* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu
repeat reff [2x]
repeat *