Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

::Langkah Tercipta::



Salam..

lagu ini punya makna buat saya.. dari UNIC untuk UNI hayati..

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

untuk download klik sini

Friday, June 5, 2009

Slot Tiada Motif




Untuk Atthiah Nordin yang lahir di bulan Januari.

Berikut ini adalah analisis kasih sayangnya :

- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.

Sebenarnya ini adalah soal selidik yang saya tidak tahu mana sumbernya. Mengikut apa yang dipelajari untuk kita menerima sesuatu questionnaire, kita perlu melihat kepada reliability (kebolehpercayaan) dan validity (kesahan). Jadi sesuatu questionnaire yang baik yang boleh dipercayai keputusan sangat membantu seseorang untuk lebih memahami tentang apa yang dikaji. Namun, bagi mereka yang mengambil sesuatu soal selidik, kesan keputusan itu boleh mempengaruhi dirinya. Melabel seseorang dari sesuatu aspek seperti gaya personalitinya boleh membuat dia percaya bahawa dia adalah sama dengan hasil keputusan soal selidiknya. Sebagai contoh, saya mungkin akan mempercayai bahawa saya adalah seorang yang romantik! hehehe..jadi ini membentuk satu kepercayaan saya seorang yang romantik!

Friday, December 5, 2008

Hikmah Kembaraku

Saya meneruskan agenda cuti ini dengan menziarahi kakak di Penang. Saya tiba di sana dalam pukul 10.30 malam. Bersendirian lagi kali ini. Begitulah saya. Alangkah bahagianya jika ada teman seperjalanan. Apa yang menarik perhatian saya ialah saat menunggu kakak menjemput, saya memerhatikan dua orang pengembara seperti saya juga. Walaupun saya tidak pasti jantina mereka, namun mereka berbangsa Cina. Kebosanan menunggu membuat saya mencuri-curi pandang tindak tanduk mereka. Sepi tanpa perbualan antara keduanya. Hanya tangan medium berinteraksi. Keduanya sempurna fizikalnya.

Tiba-tiba saya didekati oleh seorang daripadanya. Dia bertanyakan adakah ini tempat yang sebenar iaitu Plaza Tol Juru. Nampaknya perhentian kami serupa. Dia hanya menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan saya. Mesej yang ditulis jelas menunjukkan dia sememangnya baru menjejakkan kaki ke Penang. Dia dari Johor Bahru manakala kawannya itu dari Singapura. Saya hanya menganggukkan kepala sebagai menjawab pertanyaannya.

Apa yang buat saya terfikir semula betapa bersopan santun wanita ini walaupun dia tak mampu berbicara lisan seperti saya. Setelah saya menjawab soalannya dia menaip sekali lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya. Dia menekankan penghargaan itu lantaran dia menunjukkannya dua kali pada ucapan "thank you". Betapa sopannya dia dan menghargai pertolongan orang walaupun kecil. Saya sendiri lupa akan ucapan itu, lupa bahawa nikmat yang diberi Allah harus disyukuri. Kadang-kadang rasa berat untuk mengungkapkannnya..

Itulah pelajaran dari satu malam..