Friday, December 25, 2009
Kerana C.I.N.T.A itu ..
"kalau awak sayangkan seseorang, awak lepaskanlah dia pergi... "
"hurm.. patut ke lepaskan dia pergi?.. kenapa tidak saja mempertahankannya?"
"lepaskan demi kebahagiaan dan kegembiraan dia... "
Ada juga berkata,
"kalau kamu jumpa lelaki yang baik akhlaknya dan agamanya, jangan lepaskan dia.."
"jangan terlibat dengan cinta... jangan bercouple..haram..ia menjurus kepada maksiat dan mendekati zina.."
Ada makcik berkata..
"nak elak maksiat ke sebab nak kahwin?! mak cik tak setuju! kita boleh elakkannya kalau kita tak cari..kita tak perlu nak keluar dating... bla..bla...bla..."
Lagi melampau,
"kalau awak reject saya, saya rogol awak!"
Itulah ayat-ayat yang pernah saya dengar dan lihat...macam -macam pendapat kan.. cinta memang subjektif..
Pendirian saya pula macam mana? Rahsia...hihi..
Macam-macam yang berlaku dalam hidup ini kan.. anda sendiri yang menilainya!
Maaf penulisan saya serabut sekarang~
Lagu di bawah ini merupakan luahan jiwa orang yang terpaksa atau terlepas orang yang tersayang... hurm.. apapun moga anda bertemu jodoh yang baik nanti.. dan paterilah ikatan cinta anda dengan perkahwinan..
Buat kawan-kawan saya yang sudah bernikah, tahniah! ketahuilah syaitan menangis saat anda berdua dinikahkan... buat yang sedang bercinta, ketahuilah syaitan sentiasa mencari jalan melalaikan kalian..
Lagu kedua pula buat diri saya sendiri juga dan all ladies out there.. hehehe..
hubungan melalui internet, sejauh mana anda pasti dengannya? watch out!
Thursday, December 10, 2009
Awak~
Sejahtera ke atas kamu..
Awak,
Tahu tak apa yang menggembirakan saya hari ini? Syukur pada Allah.. akhirnya saya sampai ke penghujungnya juga.. saya ingatkan saya tak mampu harungi semua ini.. saya rasa berat sangat nak buat sampai rasa saya tak mampu lagi nak teruskan..
Saya malu bila kawan tanya.. saya tak tahu nak cakap kenapa, apa alasannya.. tapikan awak, saya marah juga pada orang yang tak faham keadaan saya... kadang-kadang saya rasa seolah-olah sindiran tajam dengan pertanyaan mereka..saya sedar awak..siapa diri saya ni..pernah saya rasa stress sangat sebab ni.. entah la kenapa kadang-kadang saya boleh jadi serabut sangat dengan apa yang saya buat.. kadang-kadang saya buat-buat tak tahu je, buat-buat tak sedar.. kadang-kadang malas nak fikir.. saya tak tahu nak buat macam mana.. buntu.. awak pun saya tak beritahu apa masalahnya ni.. buat-buat rileks je.. awak nak tahu tak, sem ni saya rasa performance saya teruk sangat tapi saya macam tak kisah apa-apa.. macam mana la saya boleh tenang dan serabut pada keadaan macam ni..saya langgar je macam-macam walaupun saya tahu itu perbuatan yang salah..
Betullah awak.. hidup ni macam roda.. kejap kita di atas.. kejap di bawah.. bila di bawah, kita nak rasa macam mana agaknya berada di atas tu, tapi bila dah kat atas kita lupa susahnya nak sampai atas..suatu yang kita impikan dulu.. kita lupa bahawa kita takkan selamanya di atas.. kita takut kena turun bawah tapi kita tak jaga baik-baik kedudukan kita sampai bila mula bergegar, mula nak terjatuh baru kita sedar.. ah, kadang-kadang bila kita tersedar, segalanya dah lambat.. kita cuba nak bertahan, betul tak awak? tapi kita bertahan semasa kita dah di hujung-hujung nak jatuh.. akhirnya kita terlepas juga dari pegangan kita..tup..tup..jatuh dah.. kalau jatuh macam nangka busuk, lagi la kita malu kan..
Cuma saya rasa kan awak.. itulah lumrah hidup kita, awak pernah rasa macam tu tak? Bila kita dah terjatuh balik baru kita sedar hakikat diri kita yang sebenar.. kita teringat usaha-usaha kita dulu nak sampai atas.. tapi harap-harapnya kita sedar hakikat kita seorang hamba Allah.. apa yang kita dapat kadang-kadang kita rasa itu semua usaha kita.. kita berjaya atau gagal semua sebab kita yang buat... kita kan manusia, awak manusia juga kan? Berapa banyak jela kemampuan kita ada, sangat terbatas awak.. sebab ada suatu kuasa yang menjadikan kita, yang mengatur hidup kita, yang lebih memahami kita lebih dari kita kenal diri sendiri.. bila kita rasa tak mampu, lemah kita ingat kembali bahawa tiada apa yang dapat membantu kita melainkan Tuhan kita yang Maha Penyayang..
Cuma saya sedih la awak.. bila kita gembira, bahagia kita lupa nak ucap syukur pada Dia dulu.. kita cepat-cepat SMS orang-orang yang kita sayang dulu beritahu kegembiraan kita..adakalanya sampai sibuk fikir macam mana nak "celebrate" kegembiraan tu.. bukankah patutnya kita merafakkan syukur pada Allah..? Saya rasa saya bukan cakap pasal orang lain tapi pasal kita.. jadi saya nak ingatkan awak dan diri saya juga.. tatkala saya teringat ni, mudah-mudahan saya akan istiqamah dengannya..saya harap awak pun macam tu..
Maaf ye awak, saya berbicara panjang sekali.. saya hanya nak berkongsi dengan awak apa yangsaya fikirkan..terpulang pada awak bagaimana nak menerimanya atau tak.. terima kasih sudi dengar bicara saya ni.. saya harap awak dilindingi Allah selalu..
Wednesday, December 9, 2009
Sayang~
Bukan satu paksaan..
Bukan satu lakonan..
Renungilah hakikat sebenar "SAYANG"
Alangkah bahagianya orang disayangi tapi lebih bahagia lagi orang yang saling menyayangi...
"Sayang kamu kerana Allah.."
Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..
Monday, November 30, 2009
Kasih~
Tuesday, November 24, 2009
~Waduh~
Kalau diberi pilihan untuk melupakan kenangan masa lalu, apa pilihan anda?
Oh, saya terlupa jangan biasakn diri menggunakan perkataan ”kalau” ..
Ingin sahaja saya melupakan sesuatu.. terasa hati berat..tak larat.. ia bukan menyakitkan tapi terasa berat.. ntah apa yang berat padahal ia tidak boleh ditimbang.. kenangan itu tidak menggembirakan bila diingati.. namun saya harus menerima hakikat bahawa itu masa lalu saya..satu tempoh masa yang pernah saya lalui sebelum saya melalui masa sekarang..
_Hanya cetusan rasa_
Wednesday, November 4, 2009
Berakhir 2.. Menanti 2
Tuesday, September 15, 2009
Kosong tanpa C.I.N.T.A
Saturday, September 12, 2009
Luahan Seorang Sahabat..
Monday, September 7, 2009
Hebatnya Dia..

Monday, August 17, 2009
Got The New One!

I already made another blog..
If I made some people felt 'sumthing'in my writing..
please forgive me..
Maybe this time I should be more mature..
Thanks for your reading and visiting..

Saturday, August 15, 2009
Adakah Ini Picisan..?

KATA SAYANG HARI INI & ESOK
[HARI NI]cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...
[HARI NI]bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."
[HARI NI]Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."
[HARI NI]kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.
[HARI NI]wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...
[HARI NI]kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.
[HARI NI]kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."
[HARI NI]si dia berkata " saya berjanji takkan tinggalkan awak, saya sayang awak sangat2...."
[ESOK]si dia berkata " saya dah cuba beri awak peluang, saya dah tak larat nak tunggu awak.."
[HARI NI]si dia berkata " saya sayang awak sorang je, saya tak kisah pun klu awak ada orang lain ,apa yang penting saya cinta kan awak....."
[ESOK]bila kita berkawan ngan org2 yang si dia kenal pun, dia akan cakap "...ala...pegi je la kat dia, awak ada dia kan?..kawan konon..." (ni salah satu alasan je nak buat pasal)
[HARI NI]si dia berkata " saya sayang awak sorang je, saya tak nak orang lain, saya cinta kan awak sorang je....saya nak sehidup semati dengan awak..."
[ESOK]bila dia berjumpa dengan orang yang lebih bagus dari kita..si dia akan berkata "maaf la....saya rasa kita takda jodoh...awak cari la orang lain, awak org baik, awak patut dapat orang lagi baik dari saya....saya ni tak layak untuk awak..."
Ini berlaku kan?
dan mungkin sedang berlaku...inilah hakikat..susah nak cari seseorang yang memahami...walau mcm mana pun si dia lakukan..kita still setia kan...walhal, mungkin ada ramai ag yg leh ganti...itulah maknanya "SAYANG"....BETUL KE????ataupun itulah namanya KEBODOHAN YANG TAK PERASAN....????
Wednesday, August 12, 2009
Senyumlah hati…?
Hati boleh senyum ke? Lurus pula soalan saya.. jangan balas soalan dengan soalan.. tu kata-kata kawan saya dahulu..
Kenapa tajuk entri ini begini?
Senyumlah hati..
Saya mengibaratkan kegembiraan itu terjadi apabila hati menjadi senang dan lapang.. ada teori mengatakan dari fikiran kita akan menentukan perasaan kita apabila mengalami sesuatu kejadian..
Contohnya hari ini saya meluahkan perasaan yang tersimpan (apa yang saya rasakan dalam beberapa hari ini) kepada seseorang.. saya dapat beberapa ’insight’ yang membuatkan saya lebih rasional dalam menilai pemikiran saya yang tercetus setelah mengalami peristiwa yang mengecewakan beberapa hari lalu.. seperti...
Lebih baik saya maafkan insan itu daripada saya fikir untuk lepaskan geram. Lagipun saya sendiri rasa tak mampu nak katakan semuanya pada dia. Mungkin kemaafan itu lebih menenangkan jiwa walaupun saya seakan marah pada mereka yang hanya tahu mohon maaf berulang kali..
Kemudian, saya dapat rasakan sedikit kelegaan bila saya dapat meluahkan perasaan saya..saya mula berfikir apa yang telah saya lakukan dan kesannya lagi..ha, dapat insight macam mana nak handle perkara ni.. saya hanya memerlukan pendengar yang baik..solusinya saya tahu bagaimana.
Bila fikiran dah rasional..hati lebih tenang..mood semakin baik.. tindakan lebih realistik tapi sikit-sikit perubahannya baru boleh adapt! Rasa nak jadi pendiam je sebelum nie.
Nak tahu apa yang lebih memberi kesan..? Selain meluahkan pada manusia.. adukan segalanya pada Allah jua..renungkan sejenak..refleks apa yang telah dan sedang berlaku dan fikirkan apa akan kita lakukan..
Terima kasih pada sahabat DJ saya kerana pinjamkan saya telinga awak..
Lagi satu, saya senyum sebab tengok blog seseorang dan seseorang yang lain tadi.. saya fikir satu je.. Moga ada jodoh buat kalian..
Apakah erti senyum saya itu?
Friday, July 17, 2009
Apa Dah Jadi Sekarang?


Saturday, July 4, 2009
::Insight - Inside 2 ::

Monday, June 29, 2009
Dapat 'Lesen Kahwin'

Salam..
Faham tak tajuk entri ni? Lesen memandu pun tak dapat lagi, lesen kahwin dah dapat dulu!
Kakak hanya tersenyum dan memberi pendapat sendiri bahawa dia masih boleh menjaga diri sendiri dan berdikari.
Kenapa kakak saya tak berkahwin lagi? Jawapannya, mungkin jodohnya belum sampai lagi (jawapan biasa la ni kan?). Kakak tambah lagi, ada tiga peringkat doa itu dimakbulkan; pertama Allah makbulkan segera, kedua Allah makbulkan tapi lambat memperolehinya dan ketiga mungkin di akhirat kelak Allah akan memberinya.
Yang saya tak sangka, Abang Teh dan saya pun kena sekali..kami berdua pula kena sergah!
Hehe, hanya mampu membalas soalan kakak dengan sengihan yang mempunyai maksud tersirat.. hanya Tuhan yang tahu..
Sunday, June 28, 2009
Catatan Cintaku..
Tiba-tiba hari ni aku merasakan tidak mahu cuti semester ini berakhir. Padahal hanya tinggal empat hari di rumah. Mungkin aku dapat merasakan ketenangan bila bersama ibu dan ayah di rumah..sudah dua minggu aku di sini tetapi aku tak menghargainya bukan senang untuk pulang ke kampung halaman selagi tak cuti. Ayah melarang aku pulang pada hujung minggu kerana menurutnya membazir. Dalam tempoh tiga hari boleh habis dalam RM50. Duit itu boleh digunakan untuk belanja selama seminggu.

Kembali semula ke dunia nyata..

NORATTHIAH NORDIN, Nilai. 2008
Monday, June 22, 2009
Tahniah Buat Kawanku Asrol

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Salam..
Entri pendek ini buat kawanku Ahmad Asrol (lupa nama penuh).
TAHNIAH!
TAHNIAH!
TAHNIAH!
Penantian itu menuntut kesabaran yang tinggi.
Mari kita undur semula ke kisah lama itu..
Saya mula mengenalinya ketika memasuki Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Tinggi Kluang. Bukan mudah sebenarnya menghadapi STPM aliran Sains, saya sendiri mengundur diri apabila menerima tawaran ke Tamhidi KUIM (USIM). Dia menghadapi dua kali STPM kerana keputusan STPM yang pertamanya tidak dapat menempatkan dirinya di universiti. Ketika saya telah berada di universiti dia mengambil STPM sekali lagi kali secara persendirian pula. Semangatnya yang gigih mengkagumkan saya. Ternyata aliran sastera yang diambilnya memberi ruang dan peluang menjejakkan kaki ke universiti. Dia tidak berhenti berusaha walaupun dia sedih mengenangkan kawan-kawannya telah lama berada di universiti tetapi dia masih tidak ke sana.
Teringat pertama kali mengenalinya, wajahnya seiras senior SMAKJ saya, Effy Saiful. Sewaktu diberikan tugasan subjek Pengajian Am kami baru bertegur sapa. Kami berkawan baik. Fairuz, Asrol, dan Zaid merupakan antara yang masih menghubungi saya sehingga kini. Aidilfitri merapatkan kami dengan kunjungan mereka ke rumah. Tidak sangka sebulan setengah saya di sana saya mendapat kawan yang baik-baik. Pengalaman di sekolah harian membuka mata saya. Sikap mereka yang menjaga pergaulan, menjaga kata-kata, menjaga solat membentuk satu persepsi baru.
Tatkala hari keputusan pengambilan pelajar ke universiti menjelma ternyata dia sangat risau! Panggilan telefon darinya pada tengahari itu sangat menggembirakan diri saya sendiri. Allah memberi rezeki kepadanya.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Pembangunan Belia dan Komuniti) di UMS memberi satu jawapan kepada penantiannya. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. Terasa seperti jauh sungguh kawan saya ini pergi walaupun di Sabah. Namun itulah dalam pertemuan pasti perpisahan akan berlaku.

Kepada Asrol, semoga berjaya di sana..
walaupun terlambat sedikit semoga kesabaran itu akan terbayar dengan kejayaan. Sebagai kawan, saya mendoakan agar Allah permudahkan segalanya..
Friday, June 19, 2009
Mengenai Cinta
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh- Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.

* Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.
sumber: dipetik dari buku tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin -
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.
Friday, June 12, 2009
:: insight - inside ::
susah rupanya nak mohon maaf pada manusia..
kadangkala kata maaf tidak terkeluar pun
mungkin malu, mungkin ego
jadi fikir sebelum berkata-kata, berbuat sesuatu
andai tak mahu tersinggung jagalah hati orang lain
agar tidak menimbulkan kepedihan kepada yang mendengar
hormat-PERKATAAN YANG CUKUP PENTING
seperti maruah diri hilang bila tiada hormat orang kepadanya
namun bagaimana datangnya hormat
jika tidak dari diri sendiri
ingin dihormati?
semua itu kehendak setiap org
wlp kanak-kanak kecil
hanya luahan peribadi..
Thursday, June 11, 2009
Perasaan Hari Ini
Rasa bersalah
Geram
Lepaskan Geram
Marah
Tensyen
Puas Hati
Ego
Pandang Rendah
Sakit hati
Tak Hormat
ARRRRRGGGHHH!!!!
KENAPA MACAM NI? SENSITIF! YE MEMANG SENSITIF! KENAPA MENYALAHKAN MASA LALU PADAHAL BOLEH MEMILIH YANG BAIK. ADAKAH PERASAAN MARAH TU HARUS DIBAWA SAMPAI MATI?
Jangan lupa syaitan suka melihat manusia bergaduh, makin diapi-apikan.. teringat Azree pernah tulis dalam blog dia, kadang-kadang kita ada sifat OVERATE diri sendiri. Rasa lebih baik dari orang lain. Inilah bila terjadi pergaduhan, masing-masing menegakkan kebenaran adalah di pihaknya. huh!
Namun, aku terkesan dengan sebuah cerita..petikan dari sebuah blog.
Fasihah tersenyum dan memulakan ceritanya : Ada seorang cikgu di sebuah sekolah Menengah, dia berpesan kat semua murid dia" Pelajar-pelajar semua, esok cikgu nak kamu semua bawak buah Tomato ke sekolah, Boleh? " Semua pelajar mengangguk dan menjawab beramai-ramai
" Boleh cikgu!"
Keesokan harinya, pelajar-pelajar pun datang lah ke sekolah dengan membawa buah tomato masing-masing. Bulat, merah, dan segar!
Apa yang pelik nya, cikgu mereka tak berbuat apa-apa pun dengan tomato yang mereka bawa, sebaliknya menyuruh mereka menyimpan tomato-tomato tersebut di dalam beg masing-masing dan membawa semula ke sekolah keesokan harinya.
Pada hari yang seterusnya, cikgu mereka mengeluarkan kenyataan yang sama sehinggalah hampir masuk minggu yang kedua. Tomato-tomato yang dibawa pelajar-pelajar sudahpun penyek, berair, busuk, dan hampir berulat . Pelajar-pelajar sendiri sudah tidak dapat lagi menahan bau yang sungguh busuk dan kurang menyenangkan itu, lalu mereka meminta guru mereka memberi penjelasan, apakah rasionalnya mereka disuruh membawa Tomato yang sudah pun rosak dan busuk di dalam beg mereka, berulang alik kesekolah setiap hari.
Lalu Cikgu mereka menjawab " Tomato-tomato itu menjadi buruk dan berbau busuk setelah beberapa ketika, tetapi kamu sendiri yang memilih untuk membawanya bersama-sama kamu, akhirnya kamu lah yang tidak tenang dengan bau tomato itu, sedangkan kamu mempunyai pilihan untuk membuangnya daripada beg kamu. Tengok, akhirnya bukan tomato itu yang susah, tapi kamu sendiri yang susah, kan lebih tenang hidup kamu kalau kamu buangkan saja Tomato-tomato buruk tu"....
sumber: http://firdausredha.blogspot.com/
