Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Petikan Akhbar

Salam..

Petikan akhbar hari ini, Jumaat 12 Jun 2009 menarik minat saya. Mengapakah manusia yang berilmu namun akhlak tidak selari dengan ilmu yang diperolehinya? Mungkin kita boleh lihat sendiri di kalangan kita, rakan-rakan sendiri dan diri sendiri yang mempelajari pelbagai ilmu namun gagal menghayati ilmu yang dipelajarinya. Perkara kecil soal aurat kadangkala walaupun tahu tapi tetap tak mahu menutup aurat dengan sempurna. Belum dikira soal lain lagi.. Kakakku pernah berkata, ilmu itu tidak sampai ke hati, jadi tak dapat dihayati. 'el-ilm laisa fis sudur' itu katanya. Manakah satu kita; orang yang tahu? orang yang tidak tahu? atau orang yang buat-buat tak tahu?

Petikan Utusan:

Titah Baginda Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak

Baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.

''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.

''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.

''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.

Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Sunday, May 31, 2009

Apa perasaan dan fikiran anda?



Chin Peng - pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.

Siapakah dia sebenarnya?

Yang menjadi persoalan kini, adakah patut dibenarkan pulang?

Apa kata awak pula?

Ingat tak dalam buku teks kita-lebih kurang begini kata-kata itu berbunyi,
"sesiapa yang tidak belajar sejarah akan mengulangi sejarah!"

Apakah sejarah tiada nilainya pada kamu?



Banyak perkara perlu difahami dan diteliti. Saya tidak mahu hanya berkata mengikut emosi sedangkan ilmu atau maklumatnya singkat dan dangkal sekali. Persoalan yang berlegar di kepala perlu akan jawapannya. Kenapa saya harus peduli dengan semua ini? Hurm, teruskan mencari jawapan!

Akhbar Hari Ini

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!



Pagi-pagi lagi dah mencapai laptop untuk meninjau berita dan perkembangan semasa. Hari ini juga orang-orang Penanti sana akan mengundi. Adakah Dr Mansor Othman akan berjaya meraih undian untuknya dan menang majoriti? Wallahu'alam.. kita tunggu selepas perkiraan undi tamat. Bagi Atie beliau mempunyai peluang besar untuk menang memandangkan jawatan yang akan disandang sekiranya menang aadalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Bukan calang-calang orang yang perlu diundi oleh orang-orang Penanti.

Bagi saya, suasana politik di negara kita tidak se'aman' dulu. Banyak isu-isu baru timbul yang menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat. Sememangnya isu perkauman adalah sesuatu yang sensitif dan ini termaktub dalam perlembagaan. Teringat masa masuk pertandingan pidato, syarahan dan sebagainya..antara syarat pertandingan DILARANG MENYENTUH ISU SENSITIF DAN PERKAUMAN. Sebagai pelajar sekolah pun Atie dah diterap jangan menyentuh isu tersebut. Sememangnya kita tidak senang duduk apabila isu terbabit dibangkitkan.



Setiap orang ada pandangan dan 'value' masing-masing mengenai apa yang dipegang, apa yang disokong dan apa yang dipercayai. Maka bukan sesuatu yang mudah untuk menarik seseorang berpihak pada kita kerana masing-masing ada persepsi tersendiri. Abah pernah berkata, kita menyokong apa yang betul tetapi menyokong yang hanya berfikir dia sahaja yang betul, itu tidak betul! Mencari yang betul juga atas penilaian kita sendiri.

Benarkah hanya ada satu yang betul, satu yang salah dan mungkin jua ada yang betul + ada yang salah?

Di bawah adalah petikan akhbar Utusan,31 Mei 2009.

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.



Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?



"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?