Showing posts with label perhubungan. Show all posts
Showing posts with label perhubungan. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Minggu ini dalam Sejarah

Salam... hai!!

Ada benda nak story kat sini.. hurm macam-macam perasaan aku alami minggu ini.. suka ria, duka dan tangisan serta kejutan...

Ok ada dua perkara besar terjadi dalam hidup aku minggu ni... ok noted!

Pertama,

Ia adalah perkara yang baru berlaku semalam... jeng..jeng..jeng..

Semalam aku datang ke KOnvensyen Antarabangsa Kali Pertama anjuran Persatuan Kaunseling Malaysia.. aku datang hanya sebagai pembantu Mdm aku.. tiba-tiba ada sorang junior ni tegur aku, kak, kenapa semalam tak datang? ada rehearsal... kitaorang gantikan akak ambik hadiah..
haish.. terpinga-pinga la aku jadinya... dah la pakai sempoi je baju kurung cotton warna hijau lumut tu.. ah, sudah apa ni? blurr je... tau-tau datang kena ambik hadiah dari Dato' Sri Shahrizat Abd Jalil.. hurm, aku baru teringat la yang hari tu Prof minta aku lengkapkan borang pencalonan tu. Aku buat jela.. Cari juga la sijil-sijil alama yang terperuk kat stor tu.. Takde la bajet dapat tapi rupanya wakil setiap universiti dapat penghargaan tu.

So, petang tu masa perasmian aku bersiap secomel mungkin, muka cool je tapi dalam hati.. neves kot.. mana taknya aku tak tahu apa-apa.. (eleh, macam tak pernah amek hadiah lak) sempat gak la aku kenal penerima anugerah lain, Teh (UMT) dan Syarimah (IIUM).. dorang jap je jadi macam member..

Lepas nama aku diumumkan, aku naik dengan senyum-senyum comel.. (arr, jap senyum ke sengih eh?) sampai DS Shahrizat cakap, "seronok eh terima hadiah!". Senyum je aku, "terima kasih.."

Hehehe, neves datang balik... aduh bila mengadap orang yang cukup ramai di depan mata sambil mendengar ucapan Dato Mansor lak yang dilantik jadi felo kehormat.. wah... nak tahu apa aku dapat??



-certificate of excellence dari PERKAMA + keahlian seumur hidup yang bernilai RM300 + buku..

ok la kan?? haha, ada gak member aku macam jeles je.. takpe, dia dah dapat perkara yang lebih baik dari aku..

Aku ni seronok sampai lupa salam lecturers aku kat atas tue.. aduhh, buat spoil la u gurl, jaga adab tu ok!! setinggi mana pun u, dorang lagi tinggi dari u sebab dorang tok guru u..(marah kat diri sendiri sebab kacang lupakan kulitnya, pappp!!)

Nway, aku sempat kenal penerima anugerah lain... best ar kawan dengan dorang ni! i like! ada sorang tu budak UMS nama dia Topik Ibrahim sekarang praktikal kat Penjara.. waah sabahan juga.. cepat mesra... almaklumlah pelajar kaunseling katakan... kitaorang lepak sama masa meeting.. Faris (UPSI) pun join gak.. cikgu tu orang Perak. Tak sempat nak borak panjang tapi dia share pengalaman handle remaja kat sekolah.. best woo... Pastu Khirul (UUM) aiseh mamat ni aku kesian kat dia sebab dia tak naik pentas.. MC tak sebut nama dia.. hurm teknikal error la bro.. tengok muka dia aku rasa dia macam terkilan je... serius beb, kalau aku kat tempat dia terasa berbakul-bakul... (brutal tu ayat aku sekarang... ar, rileks!) lagi sorang dak Shahirah ni dari UM dia mmg cool.. si Marwan (UPM) tak sempat nak tukar-tukar no contact.. hahaah, nak dapatkan pic kitaorang dgn DS tu sebenarnya..

So, itu la hal semalam.. kena join meeting AGM sebab dah jadi Ahli Seumur Hidup.. abes la kalau aku hilangkan diri kena pelangkung karang dengan en Papa Kaunseling USIM...Dinner tu aku serba salah nak join tapi takpe la next time... kalau tak boleh get to know each other lagi kan.. hihi gatal!!

senyum je aku dengan DS, kan??

OK daa..

Kedua,

21 JUN 2011 tarikh pahit aku... see, sedih tapi aku gembira sebenarnya.. aku rasa biarlah aku ikut flow je.. bab2 relationship comlicated.. arr, bercinta sampai ke syurga hendaknya dengan si dia.. nway, aku tbe2 rasa sayang lak bila ini semua terjadi tapi ada kemanisannya... lagi manis dari dulu... oh, cinta buat hidup jadi indah!

See, i want the best for us...
ok sebuah lagu kesukaan beliau yang aku ingat.. hahaha.. memori daun pisang tul la..



cauuu...!!

Sunday, May 24, 2009

Penutup Slot C-I-N-TA

Beberapa minggu ke belakangan ini saya banyak berbicara soal perhubungan, perkahwinan dan cinta. Nampaknya saya perlu mengubah mood lain pula. Jadi terima kasih yang sudi membaca entri-entri sebelum ini. Terima kasih juga pada dia yang mendorong saya aktif dalam dunia blog.

Penutup pada minggu ini adalah lagu EDCOUSTIC-satu kumpulan nasyid popular di Indonesia. Seakan jatuh cinta pula pada lagu-lagunya, mesej yang simple disampaikan dan dapat difahami terus. Suara pun sedap! wah, terangkat-angkat pula ibu jari ini..
sebenarnya mesejnya amat menyentuh kehidupan, hari yang berlalu terus berlalu sedangkan hari berubah apatah lagi hati manusia..

Lirik lagu nantikan ku dibatas waktu adalah penutup slot cinta saya! Usah risau akan jodohmu teman..!



Berdoa di kedalaman hatiku
Tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan

Lewat kesalihanmu
Yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau ku kelu
Tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku
Jangan salahkan

Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang
Nanti kubawa kau pergi
Ke surga abadi

Kini belumlah saatnya
Aku membalas cintamu
Nantikanku di batas waktu

Friday, May 22, 2009

Bolehkah saya ingin mempersuamikan dia?

"Bagaimana ye? Apa harus dilakukan? Adakah saya perlu memulakan? Sifat malu ini harus dijaga", Muslimah berbicara sendiri.

"Saya suka dia, kalaulah dia jadi suami saya...akan saya cari redha Allah melaluinya!", jauh fikiran Muslimah melayang lagi.

Ini adalah persoalan yang menghantui Muslimat apabila di hati berkenan atau mencintai seseorang dalam diam.

Jadi, saya masukkan link ini http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/displin-dalam-bertunang.html untuk menjawab kekusutan Muslimah tadi. Moga ada manfaat bersama.

Indahnya perkahwinan sayang..



Salam di pagi jumaat..

Tengahari tadi saya menyaksikan majlis pernikahan di Pejabat Agama Kluang. Semangat nak tengok orang bernikah sejak mula mengikuti pra-praktikal di sini. Isu perkahwinan menjadi tatapan setiap hari. Saya menyaksikan dari mula hinggalah pengantin lelaki membaca taklik dan di sampingnya pengantin perempuan. Hikmah perkahwinan dibacakan oleh jurunikah. Antaranya adalah syaitan benci akan pemuda yang bernikah kerana terlepas daripada godaannya. Si isteri juga merupakan satu keberkatan pada suami. Itulah indahnya Islam menganjurkan perkahwinan. Satu ikatan suci dan dimuliakan.



Saat dinikahkan perasaan saya bercampur baur (seolah-olah saya pula jadi pengantin!). Terasa indahnya perkahwinan di hati ini, satu perasaan yang tenang muncul..(hehehe). Pernikahan tersebut disaksikan kaum keluarga kedua belah pihak yang berlainan keturunan. Moga doa setiap ahli keluarga mengiringi kebahagiaan mereka.

Nampak macam senang je nak nikah, berdebar juga pengantin lelaki melafazkan 'qabul'. Terpaksa diulang kali kedua. Terkenang pula kisah yang ditulis Fatimah Syarha dalam Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Indahnya hidup apabila mengikut syara', diri terpelihara dan mencari keredhaan Allah adalah segalanya. Siapakah yang memberi kebahagiaan itu? Hanya kepada Dialah Yang Maha Penyayang segala harapan disandarkan.



ok, sekarang saya dalam mood untuk bercerita soal perhubungan. Ramai kawan-kawan yang bakal menjadi pengantin kan, moga ada manfaat dari perkongsian saya. Siapa kata orang yang tidak pernah bercinta tidak boleh memahami orang yang bercinta? adakah saya perlu menjadi penagih baru boleh menolong penagih?