Showing posts with label karya ana. Show all posts
Showing posts with label karya ana. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Luahan Seorang Sahabat..

Wahai wanita..

Kau makhluk perasaan.. dengan perasaanmu itu kau melahirkan sayang dan cinta.. perasaanmu sememangnya halus dan lembut.. lantaran itu kau mudah memberi cinta.. kau mudah jua menerima cinta..

Namun jika kau tidak berhati-hati.. perasaanmu itu boleh menjadi racun buatmu.. menyakitimu dan mungkin membunuhmu..

Inginku katakan padamu sayang.. keraskan sedikit hatimu.. ketegasan itu adalah pintunya.. iman itu pengukuhnya.. keraskan hatimu agar kau tidak dipermainkan sesuka hati.. bila diperlukan mereka kembali.. bila tidak perlu kau dipandang sepi.. bukankah kau juga makhluk perasaan? bukan benda yang hanya digunakan bila diingini..

Dengan jiwamu yang suci itu mereka mengambil peluang.. merayu kasihmu dengan kalimat menyusuk kalbu.. mungkin jua sebagai permulaan untuk menyentuh dirimu.. di manakah nilai harga dirimu di mata mereka? hati wanita di mulut lelaki, benarkah sayang?

Kau menggantung harapan pada mereka.. semangatmu menjulung bila mereka di sisimu.. saat mereka pergi semangatmu menjunam tiba-tiba.. kau tidak tahu apa yang kau inginkan.. kerana kau tidak membuat pilihan dan keputusan untuk dirimu.. apa gunanya menurut kata mereka apatah lagi jika tersasar dari syariat.. sedangkan mereka bukan sesiapa.. tiada hak untuk mengawalmu dan menentukan hidupmu.. adakah ini salah cintamu atau kau sendiri tidak berpendirian? maaf andai bicaraku lancang sekali..

Aku tidak mengganggap semua lelaki sama.. kerana ku tahu manusia ini pelbagai sifatnya.. masih ada yang menyayangi wanita seikhlas hati.. tidak mahu menerima walaupun diberi percuma jika bukan haknya.. masih ada yang tahu batas dirinya..masih ada yang memagari hatinya semata-mata takut akan Tuhan Yang Maha Melihat..

Selagi kau masih diberi pilihan.. fikirkanlah.. renungkanlah.. jangan kau menyalahkan yang lain kelak andai kau sendiri yang memilih jalannya.. memang manusia tidak boleh bersendirian dalam perjalanan ini.. namun jangan kau berdiri lama di pintu yang sudah tertutup kerana kau tidak menyedari ada pintu kebahagiaan lain menantimu..

Andai bicaraku kasar.. maafkan ku kerana berkasar denganmu.. aku hanya tidak mahu sahabat-sahabatku lupa bahawa kita adalah makhluk Allah jua.. sama seperti mereka dan yang membezakan kita adalah ketaqwaan.. kehidupan dunia adalah sementara.. aku tidak dapat bicara terus kepadamu.. andai nanti aku menyakiti hatimu.. cuma aku takut aku menjadi sahabat yang merosakkanmu.. membiarkan dirimu, merelakan perbuatanmu dalam keterpaksaan.. itukah sahabat?

salam sayang...

Disclaimer: tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana pihak..andai ada terasa hati..hanya kebetulan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini berdasarkan pengalaman hidup sendiri..

~Cerita Seseorang~

P/S: Buat mereka yang ingin "copy"... sila sertakan sumbernya ye!

Monday, September 7, 2009

Hebatnya Dia..


~Bismilahirrahmanirrahim~

Hebatnya Dia yang mencipta diriku..yang mengatur kehidupanku.. melihat kepada hari-hari semalam yang ku tinggalkan aku bersyukur.. hidup ini sememangnya indah..perjalanan yang diatur Allah itu yang membentuk diriku kini.. Aku bersyukur mengenaliNya..menjadi manusia yang dilahirkan dalam Islam yang diajar siapa penciptaNya yang disedarkan bahawa aku hanyalah hambaNya... tidak memiliki apa-apa melainkan diri ini adalah milikNya.

Tidak dapat bayangkan bagaimana kiranya aku ini tidak dilahirkan dalam Islam.. mungkinkah neraka tempatku selamanya.. alhamdulillah ibu dan ayahku juga seorang Muslim yang tidak melupakan pentingnya pendidikan agama buatku.. bagaimana agaknya jika ibu dan ayahku seorang yang mengabaikan suruhan agama? Apakah aku tahu apa erti aku bersolat, apa ertinya aku menjadi Muslim?

Aku terus melangkah dalam hidup yang telah 22 tahun aku lalui..Hebatnya Dia..Maha Hebat.. hatiku jinak dengan ajaran agama, menyukai ilmu dan belajar..kehidupan setelah menjadi anak murid buatku mengenal Dia lagi mendalam.. Alhamdulillah akal fikiranku sihat lantas mudah menerima pembelajaran dari guru yang mengajar sepenuh hati.. andainya akal ku ini tidak seperti manusia biasa..aku mungkin masih seperti anak kecil walaupun aku sudah 22 tahun..

Pilihanku bersekolah agama juga dibuat olehku sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Boleh sahaja aku memilih sekolah menengah yang hebat di daerahku atau mungkin menempatkan diri di sekolah berasrama penuh kerajaan tetapi Allah melembutkan hatiku untuk ke sekolah agama juga. Lima tahun di sana buatkan ku lebih rapat padaNya.. Kini aku di universiti..aku masih ditempatkan di universiti yang menitikberatkan agama. Ye, ini pernah menjadi pilihanku dulu..rupanya lintasan hatiku juga menjadi doa yang Allah makbulkan..

Namun perjalananku tetap ada liku-likunya.. aku pernah tersadung, terpijak duri, tersembam, terjatuh dan kadang-kadang aku sendiri yang tidak berhati-hati walaupun aku tahu jalan ini
tidak selurus dan selicinnya.. dugaan dalam hidup sememangnya ada..bukankah orang beriman itu akan diujinya.. baru aku sedar betapa rapuh kekuatanku menghadapi mehnah hidup ini.. berdosanya aku berprasangka pada Dia yang Maha Hebat padahal apakah aku tidak sedar sepanjang hidup ini
Dia telah memberikan yang terbaik buatku.. Masih tidak sedarkah? Dia membenarkan aku minta apa sahaja..tapi adakah aku taat padaNya.. takutnya jika Dia murka padaku..siapa lagi yang akan menyayangiku sebagaimana Dia..

Ya Allah, banyak nikmatmu kepada hamba tetapi bersyukurkah aku? Terlalu banyak Kau berikan padaku, tetapi aku? Jadikanlah aku hamba yang bersyukur dan menerima dengan redha takdirMu.. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui apa yang aku perlukan dalam hidup ini. Kehidupan di sini hanya singkat.. mampukah aku ke syurgaMu andai masih dalam kelalaian dan merugikan masa yang Kau beri dari hari ke hari.. Ampunkan hambaMu ini ya Allah..

Salam Ramadhan 1430H~

Wednesday, August 5, 2009

Tag dari illias..arigatou!

1) Bekas kekasih saya-
ada ke? kekasih pun '0' apatah lagi bekasnya..

2) Saya sedang mendengar-
orang print assignment kat c.c
3) Mungkin saya patut–
cepat-cepat balik bilik buat tesis sekarang

4) Saya suka–
jalan-jalan walaupun pergi Giant Nilai

5) Sahabat-sahabat saya–
ramai yang jauh dari saya, mereka belajar tempat lain tapi saya tetap ingat mereka

6) Saya tak faham–
kenapa sem ni macam serabut sikit

7) Saya kehilangan–

kawan baik saya, bukan jasad yang hilang tapi kemesraannya

8) Ramai yang berkata–

banyak sangat benda membingungkan..

9) Cinta itu adalah–
sesuatu yang menyeronokkan dan membahagiakan

10) Di suatu tempat, seseorang sedang–
melayan kucingnya yang gemuk

11) Saya akan cuba–
seimbangkan masa dengan diri, belajar dan aktiviti kampus saya

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud–
manusia selamanya tetap macam-macam perangai
13) Telefon bimbit saya–
cantik dan best!

14) Bila saya terjaga–

saya tutup lampu dan cabut spek mata

15) Saya paling meluat–
orang berperangai bukan-bukan tak kena tempat

16) Pesta/parti adalah–
untuk yang suka celebrate ntah pape..

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui–
kucing

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah–
masa di universiti sebab saya dah boleh buat keputusan untuk hidup saya

19) Hari ini–
Rabu, kelas banyak cancel..sangat tak best!

20) Malam ini saya akan–
fokus buat proposal

21) Esok pula saya akan–
pergi workshop counseling, ke library dan buat proposal sampai siap..

22) Saya betul-betul inginkan–

menjadi seorang yang tenang

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini–
senyum sendiri..

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan-

Giant pun best, lagi best kalau ada big apple

25) Makanan Barat atau Jepun?–
yummy, i love both!

26) Bilik yang terang atau gelap?–
Terang la best..

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang–

sape macho yang komen aku nie?!

29) Siapa yang ingin anda tag?
payied
wana
aina

Sunday, June 28, 2009

Inilah Wajah Terbaru Dia

Salam...

Buat pengunjung,

Ini adalah hasil yang saya rasa terbaik buat saya ubah wajah blog saya ini.. Lama rasanya tak tukarkan 'baju' dia..

Harap anda seronok singgah di sini..

Puas dah tukar-tukar 'baju' dia..

Tema hijau yang lepas bertukar...

Amacam, lagi ok tak?

Apapun, ini sahaja hasil kerja saya.. kredit pada Shahidat UIAM yang berkongsi tips di blog beliau. Ini blog yang saya suka untuk kunjungi..pengisian yang matang dari seorang mahasiswa..

Ok lah, masa makan sudah tiba.

Wassalam.. Salam Ukhwah!

Apa dah jadi?

Salam ..

Gatal tangan nak tukar template, last-last inilah hasilnya!

Apa pendapat kawan-kawan?

Mana satu lagi elok? yang dulu atau yang terkini?

Saya pun dah macam tikus membaiki labu je..

Huhu...

Wednesday, June 10, 2009

Hatiku Milik Siapa?

Ini adalah percubaan pertama menulis cereka. Tak habis lagi tulis... Selamat membaca. Disclaimer: Cerita ini rekaan semata-mata.

**************************

Berat untuk dilepaskan perasaan yang ada di sudut hati ini. Enggan berfikir tetapi ia muncul jua. Ah, Syaitan ini kerap saja mengalihkan perhatianku..atau aku hanya menyalahkan yang lain. Aku menangis lagi kali ini. Sudah berapa lamaku kupertahankan, tak usah menangis, tak usah mengalah namun mungkin ini kekuatan yang ku ada, akhirnya ia menitis jua.

Fariz Ilham, nama yang sering muncul di fikiranku. Kenapa dia yang muncul? Apa istimewanya dia hingga aku tidak mampu memadam nama itu? Mungkin aku banyak mengingatinya hingga wajah itu hadir ketika aku lena di alam mimpi. Akhirnya aku buntu, kenapa dia hadir lagi?

Jangan dikenang cerita semalam sayang, kelak sendiri akan terperangkap dan tidak akan dapat keluar lagi dari dunia itu, pujuk hatiku. Aku cuba, bukan aku tak pernah cuba. Banyak kali aku jauhkan diri dari memikirkannya, mengingatinya tapi kenapa aku gagal? Sebab kau tidak melepaskannya sepenuh hati, acapkali aku bertelingkah dengan diri sendiri.

Habis tu bagaimana lagi? Ilham kenapa kau muncul jua, aku tak pinta..

Aku tahu jawapannya, sebab kau selalu mengingatinya dahulu, seakan menjadi rutin dalam hidupmu sehinggakan kau tak boleh berhenti lagi. Nah, kini kau menyuruh aku berhenti kerja yang aku selalu lakukan, masakan semudah itu, akal berhujah pula.
Akhirnya kau merinduinya bukan? Aku sendiri tidak tahu adakah itu jawapan yang ku cari? Tidak, aku hanya mengingatinya bukan merinduinya! Kau tak mahu mengakui hakikat bahawa perasaan sayang itu bertukar menjadi cinta bukan.. Tidak ! Tidak! Ini tak sepatutnya berlaku!

...........