Salam...
Tiba-tiba banyak benda dalam kepala ni yang nak dicurahkan... semuanya reflection aku dan persepsi aku tentang apa yang ebrlaku dalam hidup ini... banyak sangat hingga aku raaaaaaaasa apa yang aku tulis ni akan bercampur aduk dengan macam2 benda tanpa arah tapi itulah yang aku nak katakan.. betapa hidup ini telah membuka mata dan pemikiran dan memberikan rasa yang pelbagai untuk aku nikmati...
hidup aku indah! itu kenyataan!
hidup aku complicated.. itu realiti jugak...
dalam masa yang sama aku tengok betapa masyarakat hari ni tidak seperti yang pernah aku bayangkan masa zaman kanak-kanak dahulu... menjadi seorang dewasa rupanya banyak benda yang aku kena perhatikan, pertimbangkan, dan menguruskan diri sebagai seorang bujang dewasa hihi...
aku fikir kenapa orang semakin pentingkan diri sendiri, tidak berperikemanusiaan, tak fikirkan orang lain sebab dalam masyarakat dia dilayan begitu... ni mcm salahkan masyarakat je kan... tapi bila dalam hidup ni kena adalah survivor, kita akan survive selagi nyawa dikandung badan... untuk seorang survivor dia kena pastikan diri dia selamat dulu baru fikirkan pasal orang lain.. bila rasa tak selamat selagi itu dia akan berjuang untuk diri dia... tapi sebenarnya kita tak sedar yang hidup di dunia ni kita memang tak boleh nak mencukupkan keperluan kita sendirian... mesti ada pergantungan sesama manusia... letih kalau semua benda buat sendiri... sebab tu bila kita berkongsi dan saling tolong menolong kita rasa ringan sikit beban kita... dalam mencukupkan keperluan sorang survivor, kita turut bantu orang lain untuk survive...
tapi bila semua orang fikirkan diri sendiri, dan pentingkan diri sendiri... tengoklah macam2 hal terjadi....
nanti smbg lagi.. kena gi kelas...
Kahfi..
7 years ago
