Salam..
Baru saya faham erti kata-kata ini..
Saya akan berasa bahagia bila awak bahagia.. kegembiraan awak kegembiraan saya juga..
Saya temui ertinya di sana.. apabila bersama mereka.. Warga Emas
Kami mempunyai kerja kursus yang berbeza untuk setiap kelas tutorial.
Kali ini TAB1 sebagai penganjur..Tahniah buat kalian kerana berjaya menganjurkan program yang sangat meriah dan meninggalkan memori yang indah di samping kita mempelajari
Psikologi Perkembangan Dewasa dan Orang Tua.
Terima kasih juga buat Madam Rezki dan Mdm Dini yang bersama kami.
Saya suka bersama orang-orang tua. Selesa bersama mereka.. Aktiviti pagi bersenam bersama-sama memberi saya peluang membuat pemerhatian ke atas mereka. Di sini ada Melayu dan Cina. Melihat kawan-kawan lelaki mengendalikan senaman aerobik cukup menghiburkan, kreatif la korang! Ada yang lain gaya ditunjuk lain pula dibuat.
Ada yang sekejap je berdiri dan sambung senam duduk atas kerusi.. ada yang bersenam masih aktif hingga penghujungnya.. sempat saya bertanyakan seorang kong kong@atok tentang umurnya. Sudah 68 tahun rupanya tetapi betul muka dia muda macam 50 tahun. Berwajah manis sahaja sambil menguntum senyuman.. Menurut rakannya, dia berketurunan Hainan.
hidup selalu happy! itu rahsianya.. Saya pun teringat sesuatu.. tak nak la sedih-sedih..
Semasa sukaneka kami perlu mencari 4 warga emas untuk membentuk kumpulan. Cari punya cari dapat..dapatla Tok Din (68 tahun), Tok Ali (72),Kong Kong Lee dan Makcik Hizin(baru 50-
an).. Pengalaman pertama ni bergaul dengan orang tua berbangsa Cina..tiada masalah.. dapat juga la belajar sikit-sikit bahasa cina. Kong kong pun ok je.. Best main sukaneka, macam-macam telatah..potong kulit kentang, musang berjanggut (lotih den nak asing ni ha..) dadu ajaib, kotak beracun..
Petang itu sempat gotong royong dengan bantuan DBKL lagi..peralatan dah disediakan.
Jadilah kami pekebun berjaya.. masa majlis penutup kesedihan menyelinap.. satu hari bersama mereka membahagiakan saya.. hilang kesedihan saya dan membuat saya lebih bersemangat..lagipun saya dah ok dengan kawan saya.. saat mempersembahkan lagu ini, sebak jap..mungkin saya tidak sempat bermanja dengan atok dan wan sendiri membuatkan saya menumpang kasih mereka.. indahnya kasih sayang..walaupun tiada pertalian darah, rasa sayang itu mudah menyentuh hati.. sempat berborak dengan seorang nenek berumur 75 tahun..wa, semangat dan aktifnya dia.. sempat berkongsi pelbagai cerita..dapat tips lagi.. nenek memang best la! moga nenek sentiasa sihat dan gembira.. doanya untuk kami amat dihargai..
"ingat..ingat itu remember..
jangan lupa itu dont forget..
kami sayang kamu..
we love you..
hanya kamu..
only you"
Terima kasih Dato' Nordin kerana memberi kami peluang berbakti di sana..
"Kasih Disemai Bakti Dituai"
~MEMORI ANTARA KITA~

Musang Berjanggut ... nampak tak tok?

Nenek nilah yang sentiasa senyum dan gembira - sayang nenek!

Yang ini saya panggil Kong kong@ atok

Anak didik DBKL

Inilah Tok Din bersama Dato' Nordin - yeye menang sukaneka!

Arafat dan seorang atok yang terkena kotak beracun








