Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Cameron Highlands Vacation



Hujung minggu yang menyeronokkan... bab jalan-jalan nie serahkan pada yang pakar... heheh.. bukan saya la.. abang saya yang pakar..

29 Mei 2010
Jam 11 pagi kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands melalui Tapah, Perak. Sepanjang jalan saya meneroka tempat-tempat baru.. Oh kat sini Kota Damansara (hihi..) sini Sabak Bernam.. sini Sungai Buloh.. pernah kena marah dengan abang.. jalan melangut je.. so bila jalan saya akan cuba kenal tempat-tempat tu.. bila dah masuk Tapah... hahaha.. cabarannya bermula.. nasib baik bukan saya yang memandu.. jalan dia bukan main lagi bengkang-bengkok.. Huhu, alhamdulillah takde apa-apa.. saya jenis 'tough' tak la mabuk dengan jalan macam tu.. berbeza dengan mak dengan adik saya yang mabuk dnegan jalan macam ular nie..

Jam 1 petang
Sampai pun ke Tanah Rata Cameron Highlands. Hujan pula cuaca masa tu.. cejuuukk!! Jumpa mak, abah, adik dan along... Huhu, rindunya kat mereka.. saya peluk mak saya.. serius.. seumur hidup saya, saya tak pernah peluk mak saya macam tue.. rasa bahagia sangat!!! lagipun dah beberapa bulan tak jumpa mak saya... dengan abah pun macam tue...


Makan tengahari kat situ saya sempat beli apa-apa cenderamata kat situ. Huhu, bestnya bantal strawberry yang besar tu.. Nak sangat tapi takpela banyak dah bantal saya sekarang...

Jam 3 petang
Saya ditinggalkan oleh kakak saya... tu la tak faham lagi apa orang cakap.. i miss the best part of the trip... strawberry farm.. agro farm... waa... jeles sangat!! sampai tak nak tengok gambar mereka kat situ. Saya ingat abang saya pergi rupanya tak pun... uwaaaaa...

Jam 9 malam
Selepas lepak-lepak di apartmen, kami pun pergi pasar malam di Brinchang... waa.. i want shirt!!! huhu, abah tunggu dengan setia anak dia yang sorang ni bab membeli memang cer ewet... dapat pun.. ingat nak beli Tshirt labuh tapi tak sesuai daa.. akhirnya beli satu yang sesuai dengan saya.. cun jugak la.. yang best dekat pasar malam ni barang-barang atau makanan dia lain sikit.. sedap la cendawan goreng dia.. kalau yang biasa kita makan cendawan tiram. tapi yang ni macam cendawan shitake tue.. agak mahal la namun harga dia RM3 sebekas.. hehehe.. mula2 beli macam piranha kami makan... hahahha... dah takde adab makan lak sampai tak reti duduk.. yelah lapar sangat sebenarnya... jalan2 tengok banyak barang atau makanan berasaskan produk tanaman tanah tinggi..


Balik dari sana kami pergi makan malam. Hahaha.apa daa.. pergi makan lambat habis dah bahan masakan... last2 ikan siakap tinggal seekor je.. kongsi la dengan lapan orang dewasa...

30 Mei 2010



Hari esoknya nak pergi Ladang Teh BOH Sungei Palas.. Lagi la mencabar jalannya.. sempit je.. main-main hon la sebab tak nampak orang dari arah depan di selekoh yang tajam.. huhu, siapa2 nak test power memandu, silalah tunjukkan kemahirna anda di situ.

Best la pemandangan kat situ.. I like!!

Balik dari situ kami singgah ke KEA Farm.. Yeah I got my roses there... sayangnya my roses da layu sekarang... huhu.. lepas ke sana saya dan keluarga ke Cactus Point.. Waa... dapat kaktus dari abah dan kaktus untuk somebody gak.. Entah kenapa teringat nak bagi seseorang.. puas fikir nak beli apa.. lagipun mahal-mahal sure tak mampu.. baik beli untuk diri sendiri dulu kan? hihihi.. (^.^)v



Akhirnya kami berpisah di Kampung Taman Sedia.. sedih la pulak berpisah... yang kelakar tu adalah mak saya cakap pening2 dengan jalan yang macam ular di Tapah tapi adik saya pulang yang pengsan... waa... amik bau 'wangi' jenama Wekkkk!!!

Malam jam 11.30 kami sampai ke rumah abang di Batu Caves.. penatnya... waa.. sempat lagi layan FB dan mesej hp. Ok la panjang sangat tulis..

Jumpa lagi..

Tuesday, September 1, 2009

Alor Setar - Pendang


Bumi Tuhan mengasyikkan..


Riang menjadi kanak-kanak


Salam...

Minggu lalu jalan-jalan cari pasal..

Memang pun.. cari pasal..cari pasal..

Entah kenapa nak juga pergi walau kerja kat sini bertimbun..

Makanya susah senang tanggung sendiri..

Apapun semoga saya dapat menikmati anugerah kehidupan biarpun dugaan mencabar keteguhan hati..

Ikan pekasam di pekan Rabu

Menara yang tak berapa nak tinggi

sambungan menara tadi...

~pen off~

Tuesday, July 14, 2009

Kata-katamu Inspirasiku..

Salam..

Saya menerima e-mail daripada seorang yang sangat dikasihi.. Tetiba perasaan ini menjadi terharu dan tersentuh dengan penulisannya.. Dia seolah-olah mengerti nilai yang kupegang dalam diri ini.. Teringat kisah lama yang membuatku masih belum bersedia menerima cinta.

Saya sibuk semestar ini..
( ah, selalu saja mengatakan sibuk.. urusan kehidupan takkan pernah berhenti.. jangan memberi alasan lagi..! )

Namun, buat semua yang mengunjungi blog saya, saya ingin memaklumkan bahawa saya
mempunyai tanggungjawab pada diri sendiri- menyiapkan penulisan ilmiah dan bakal dihantar pada semestar ini juga- November ini.

Saya akan cuba tidak membiarkan blog ini tidak bersawang. Namun sekadar kemampuan saya.. Walaupun ada entri yang saya hanya copy and paste, harapnya pembacaan saya dapat dikongsikan bersama anda..

*************************************************************************************

DOA BUAT DIRINYA

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu

bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan

cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

p/s: syukran Along!

Wednesday, July 1, 2009

Semalam yang singkat!

Salam..

Apa ada dengan semalam? Setiap hari ada cerita baru dalam hidup saya.. Di minggu terakhir cuti semestar ini saya melalui hari-hari yang menyeronokkan. Semalam adalah hari yang menggembirakan...

Ada beza ke dengan hari lain?

Sayalah orang yang suka sangat mengajak kawan-kawan saya keluar terutamanya kawan-kawan sekelas di SMAKJ dahulu.. Apa perkembangan mereka sekarang?

Kali ini Wana pertama kali menyertai kami jalan-jalan pusing kota. Terima kasih Wana sudi meluangkan masa turun dari Parit Sulong ke Kluang. Yelah, Wana hampir membatalkan sahaja namun dia mengumpulkan keberanian drive sendiri. Wah, tabik spring la kat Wana yang merupakan seorang pemandu cute! Wana ni juga sekampus dengan saya di USIM. Panjang betul jodoh dengan Wana ni. Dari Tingkatan 1 sampai 5 kami sekelas. Hanya terpisah seketika ketika dia di matrikulasi.

Adilah pun ada sekali. Ni lagi sorang saya nak bagi Anugerah Ummi Mithali. Terkejut dia bawa baby sekali tapi ayahnya belum ada lagi. Comel sangat anak angkat Dila. Namanya Aisyah Humaira yang berusia 6 bulan. Cuba tengok siapa paling comel dalam gambar ni. Tentulah si tembam tu. Menurut Dila dia menjaga Aisyah ni walaupun sibuk dengan pengajian di UKM- memang ada ciri-ciri doktor yang baik sebab Dila ni penyayang dan suka sangat pada baby.


Siapa lagi? Muslihati yang comel tu sekarang bergelar Ustazah di Sekolah Menengah Teknik Kluang. Sekarang Mus boleh menarik nafas lega sebab dapat bekerja setelah beberapa bulan "menanam anggur". Tahniah buat Mus yang bakal bergelar graduan pada bulan Ogos ini. Ha, kami yang lain masih di kampus lagi. Jangan bosan-bosan ok!

Riddha dan Fahmi pula memang kawan yang tak pernah terputus hubungan. Ada-ada je program kami rancang. Raya menjelma muncullah mereka di rumah ni. Kedua-duanya di UIAM. Riddha tetap dengan stail rambut yang ala-ala Mawi gitu! Riddha, kami risau ni! Kenapa makin comel? Fahmi tetap sama macam kami kenal kat SMAKJ dulu. Kalau dah tiba masanya untuk walimah, kadnya jangan lupa pos ye!




Kali ni saya ajak berjumpa di Kluang Mall. Meriah sungguh bila Wana dan Riddha bercerita. Ada juga la rahsia yang terbongkar. Maaflah pada yang tak makan sushi. Tak dapat ajak! Akhirnya bila dipertimbangkan selera masing-masing, KFC juga yang dipilih. Hurm, lain kali kita pergi makan kat luar yang selera Melayu la,nak? Saya suka Kluang Mall sebab selesa tempatnya dan kedai-kedai yang ada menjual barang-barang yang saya suka dengan harga berpatutan.

Petang tu kami sempat bergambar sebelum pulang. Sedih juga bila nak berpisah namun harap-harap Aidilfitri nanti bertemu kembali.


Malamnya pula, disebabkan rasa tak puas sebab tak dapat shopping saya ajak kakak saya ke sana. Yeye, dapat satu T-shirt! Sempat juga singgah Sushi King. Sedap dapat makan Sakana Black Paper! Lama tak jumpa kakak saya ni, balik sekejap je namun meriah rumah ni dengan suara dia! Macam-macam cerita dia nak kongsi. Semalam juga dapat panggilan telefon dari Abang Ngah. Dia pun nak balik Johor minggu ni. Bestnya, Afreen ada! Nak belikan tudung juga la. Tengok Aisyah pakai comel sangat! Boleh ajak Kak Ngah jalan-jalan.






Sekarang ni musim buah pula. Indahnya minggu terakhir ini walaupun dah terbayang apa yang bakal dihadapi naik semestar 7 nanti. Atie, yakin boleh dan bersemangat ok!

Monday, June 29, 2009

Dapat 'Lesen Kahwin'


Salam..

Faham tak tajuk entri ni? Lesen memandu pun tak dapat lagi, lesen kahwin dah dapat dulu!
Best tak?

Alkisahnya petang tadi mak bertanyakan kakak saya soalan yang sama,

"Bila nak kahwin?"

Kakak saya pula tetap dengan ekspresi wajah yang sama seakan tidak terkilan langsung dengan soalan mak. Saya pula sibuk menambah,

"Mak doakan la, doa mak power!"
"Ha, tu la mandi bunga tak nak, macam tu pergi umrah la. Mohon pada Allah di sana, balik boleh dapat jodoh!"

Itu cadangan mak pada kakak saya.
Kakak hanya tersenyum dan memberi pendapat sendiri bahawa dia masih boleh menjaga diri sendiri dan berdikari.
Kenapa kakak saya tak berkahwin lagi? Jawapannya, mungkin jodohnya belum sampai lagi (jawapan biasa la ni kan?). Kakak tambah lagi, ada tiga peringkat doa itu dimakbulkan; pertama Allah makbulkan segera, kedua Allah makbulkan tapi lambat memperolehinya dan ketiga mungkin di akhirat kelak Allah akan memberinya.

Yang saya tak sangka, Abang Teh dan saya pun kena sekali..kami berdua pula kena sergah!

"Ha, yang ni pun tak kahwin lagi!",

Eh, macam dapat lampu hijau untuk mendirikan 'masjid' je dari mak. Saya baru je 22 tahun. Seronok pula tiba-tiba.. lalu saya balas,

"Mak, tahun depan orang kahwin eh?!"

Tiba-tiba dapat soalan bonus dari kakak saya.

"Kau dah ada calon ke?"

Ops, 'terlebih sudah'...
Hehe, hanya mampu membalas soalan kakak dengan sengihan yang mempunyai maksud tersirat.. hanya Tuhan yang tahu..

Apa yang penting? Dah dapat lesen K dari mak je tapi 'big boss' tak tahu pula apa katanya!

hehe..senyum lagi!

Sunday, June 28, 2009

Catatan Cintaku..

Tiba-tiba hari ni aku merasakan tidak mahu cuti semester ini berakhir. Padahal hanya tinggal empat hari di rumah. Mungkin aku dapat merasakan ketenangan bila bersama ibu dan ayah di rumah..sudah dua minggu aku di sini tetapi aku tak menghargainya bukan senang untuk pulang ke kampung halaman selagi tak cuti. Ayah melarang aku pulang pada hujung minggu kerana menurutnya membazir. Dalam tempoh tiga hari boleh habis dalam RM50. Duit itu boleh digunakan untuk belanja selama seminggu.

Entah mengapa pagi ini aku merasai satu ketenangan berada di rumah. Berborak bersama abah sambil menghirup secawan kopi memberi satu perasaan yang bercampur baur. Bila menyebut soal kematian, aku menjadi sedih..aku ingin menikah satu hari nanti berwalikan abah. Abah pun mengatakan entah sempat atau tidak! Abah dah berumur dan semakin tua. Irisnya tidak lagi hitam seperti dulu. Umur yang lanjut membuatkan iris itu berubah warna. Tiap kali mengamati muka abah hati menjadi sayu.

Muka yang tegang menjadi kendur ditambah lagi dengan dahinya yang bergaris kedutan yang tidak dapat dihitung lagi. Melihat rambut beruban yang suatu ketika dulu selalu ku cabut berupahkan satu sen sehelai semakin menebal. Dia insan mulia yang amat menyayangiku. Insan tabah yang menyara kehidupanku. Insan yang lembut hatinya terhadap anak. Sepanjang ingatanku, abah tak pernah

memukulku tetapi hanya akan marah-marah akan perbuatanku. Pernah dia membebel lantaran sikapku tetapi sikit pun aku tak berkecil hati kerana bukan selalu ada peluang untuk dimarahinya.

Aku mengagumi abah kerana walaupun hanya berpendapatan kecil memberiku satu kehidupan yang membahagiakan. Yang paling ku syukuri aku mengenali Allah daripadanya. Semasa kecil aku tidak rapat dengan mak kerana dia bekerja dan akan pulang pada lewat petang. Masaku banyak dihabiskan bersama abah. Aku belajar solat daripadanya.

Aku mendapat telekung pertama pada usia lima tahun. Walaupun aku tidak memahami apa yang dibacanya namun bila abah rukuk, aku turut rukuk dan setiap perbuatannya kutiru. Mungkin disebabkan itu, aku menjadi seorang yang cerdas dalam kelas Fardhu Ain kerana telah diajar dari rumah lagi. Aku masih mengingati lagi peristiwa itu hingga saat ini. Aku sering berjemaah dengannya pada waktu solat Asar. Itulah temanku di rumah. Teman yang sering mendampingiku hingga aku tidak sedikit pun berasa sunyi. Mungkin lantaran itu juga, aku mudah selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Sedari kecil aku amat rapat dengan abah. Bila seseorang menyakitiku abah lah tempat aku mengadu bukan mak. Aku suka dengan abah. Kalau anak lelaki dikatakan tidur bawah ketiak mak, aku sebaliknya. Lengan dan peha abah merupakan bantal kedua aku semasa kecil tatkala menonton TV. Penyayangnya lelaki ini.

Aku anak kecil yang inginkan perhatian..kita semua begitu bukan? Keluarga aku bukanlah yang meraikan ulang tahun kelahiran namun aku bukan begitu. Melihat teman-teman sekampung diraikan hari lahirnya membuatku cemburu. Apabila ulang tahunku menjelang, aku sibuk mengingatkan abah. Aku inginkan sesuatu. Abah jarang menghampakan aku. Aku pula jenis tak memilih. Asalkan abah ingat dan menghadiahkan apa sahaja aku akan menghargainya. Abah sahaja yang akan membelikanku sesuatu pada masa itu. Apa yang aku ingat ialah abah membelikanku sehelai tudung. Aku masih mengingati coraknya kerana bagiku tudung itu sangat cantik. Coraknya yang seakan bulu harimau bintang dicoretkan pelbagai warna seperti merah, biru, kuning, hitam menyukakan hatiku. Saat itu mungkin umurku 9 tahun kerana ketika itu baru belajar memakai tudung. Hadiah yang lain adalah apabila abah mengajakku makan di sebuah restoran makanan segera. Rasanya tiada lagi restoran itu kini. Tatkala itu aku mengerti kesusahan keluarga, masakan tidak! Aku memperoleh seringgit yang ketika itu seakan syiling emas sebagai duit poket selama lima hari persekolahan. Aku tidak berani meminta jika aku menghabiskan duit sebelum jumaat. Tiada istilah menabung bagiku saat itu. Aku sambung cerita semula. Di restoran itu, abah memberi kebebasan padaku untuk memilih apa sahaja. Aku tidak pandai memilih yang mahal-mahal.lantas, set yang paling murah menjadi pilihan. Kini, aku juga tidak pandai membeli barang yang mahal kecuali aku amat menginginkannya. Itulah abah penghibur hatiku.

Bila aku telah mempunyai adik, aku dan dia sering berebut kasih sayang dan perhatian abah. Teringat pula bila abah pulang dari surau, aku dan adik berebut-rebut untuk bersalam dengannya.setiap hari kami begitu. Banyak sangat kenangan aku dengan lelaki ini yang terungkap. Namun aku tak merasakan diketepikan. Buktinya, abah memanggil manja adikku dengan panggillan "busyuk" manakala aku dipanggil "pusyuk". Bila sudah besar rasa segan pula bila abah memanggil begitu sekali-sekala. Lebih kurang begini lagu yang abah nyanyikan.. "yang ayangnya, yang tomenya yang omelnya yang usyuk".

Itulah kenangan masa kecilku..banyak perkara masa kecil yang ku lupa tapi abah masih mengingatinya. Bila dia menceritakan semula aku terasa lucu. Dulu abah pernah membela lembu di ladang kelapa sawit. Aku menemaninya petang-petang melihat ternakannya bersama motor. Tempat dudukku khas di depan bakul motor. Menurut abah, aku suka menyanyi lagu "isabella" sepanjang perjalanan. "daun-daun..." bait lagu tersebut. Tak berhenti mulut ini mengulang perkataan tersebut sambil motor tersebut meronda. Kata abah lagi, aku sangat ramah menegur nyonya yang melintasi rumahku, "nyonya!" teriakku dari jauh. Nyonya pun membalas, "Oi!". Lagi satu kenangan ialah, aku mengikut abah ke Singapore menziarahi keluarganya di sana. Betapa berdikarinya aku bila bersama abah tanpa mak yang mengurusi diriku. Pengalaman itu memberi kesan pada diriku kini. Aku merasakan aku boleh berdikari. Sebelum bertolak ke sana, aku teringat abah membelikan ku sepasang sepatu merah yang comel. Aku gembira menerimanya. Anak kecil tidak mementingkan fesyen saat itu. Apa yang penting keseronokkan mendapat kasut baru. Bersama sepatu itu, perjalanan aku ke Singapore menjadi lebih bermakna. Walaupun aku kecil, aku membantu abah membawa buah-buahan dari kampung dan berjalan dalam kepanasan. Tak silap, tujuan ke sana adalah untuk menghantar atok dan wan menunaikan haji. Abah yang menyiapkan ku saat itu. Cemburu juga melihat sepupu-sepupu bersama ibu masing-masing. Takpelah, abah masih menemaniku.

Kembali semula ke dunia nyata..

Aku ingin berada di sisi abah saat ini. Inginku peluk dan mencium pipinya. Dia insan yang amat bermakna dalam hidupku. Allah menghantarku ke dunia ini melalui dia. Kerana cintanya pada ku, aku di sini. Rasa sekejapnya bersama abah. Seawal usia 13 tahun aku telah ke asrama hinggalah saat ini. Aku rindukan abah. Aku tidak malu mengatakan aku sayang abah

di hadapannya. Aku ingin dia dengar bahwa aku menyayanginya. "i luv u" itulah ungkapan yang ku berikan padanya. Aku belum cukup lagi berbakti padanya. Amat rugi diri ini jika mempunyai ibubapa tetapi tidak berbakti padanya. Dia mengharapkan kejayaanku, alhamdulillah aku pernah menggembirakan hatinya tapi itu belum cukup. Dia pernah kata inginku belajar ke tahap doktor falsafah. Insya Allah akan ku usahakan. Abahku yang bijak pernah menjadi guru matematikku, menjadi technician di rumah, menjadi plumber, chef, imam, electrician carpenter dan macam-macam lagi. Serba boleh kan? Aku rasa sangat bertuah..

Tatkala, mendengar abang ngah dan mak menceritakan keadaan kesihatan abah sekarang aku menjadi sangat sedih. Teramat sedih, satu persatu kenangan tersingkap. Aku hanya mampu mendoakan kesihatan orang kesayanganku ini akan sembuh seperti dulu. Suaranya yang mendamaikan kembali ku dengar. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil. Ameen.

NORATTHIAH NORDIN, Nilai. 2008

Sunday, June 14, 2009

Dari KLG ke KL

Coretan perjalanan dua hari di Kuala Lumpur.

Tujuan: Menghadiri majlis perkahwinan Kak Nora - Anak Mak Lang
Tarikh: 6 Jun - 7 Jun 2009
Kenderaan: Bas KKKL dan S&S
Harga Tiket: RM50.20 pergi balik tiap seorang
Peserta lawatan: Abah, Emak, Saya dan Abby
Tempat yang di'lawati':
Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar
Restoran Mahbob di Bangsar (nasi beriyani)
MidValley Megamall
Rumah Kak Riena (kak ipar)
Rumah Mak Lang di Ampang
Puduraya


Suasana di Restoran Mahbob..tercapai hajat nak makan nasi beriyani..


Afreen dan Pak Su nya..


Jalan-jalan di MidValley. Yang paling best tentulah Abah, Ngah belanja dia..sempena Father's Day mungkin atau lama tak belanja abah.. Lamanya buat pilihan..


cousin-cousin yang best untuk diajak berbincang,berborak, bertukar-tukar pendapat untuk menang..

yang tepi sekali Fariz (anak Pak Teh), sepupu singapore yang 7 tahun tak jumpa..seorang yang peramah dan masih mengingati kad raya yang dikirim bertahun-tahun lamanya. sekarang ahli bomba di Singapore dan dia masih mengingati namaku..ingat tak kita kacau lembu dulu?

tepi Fariz, abang Azhari (anak Mak Ngah) yang menyesal dengan perkahwinannya. ha, tak sampai sebulan lagi kahwin dah menyesal?! katanya, dia menyesal kerana kahwin lambat sebab...kalau boleh nak kahwin lagi awal!

berikutnya, abang Rushdi (anak Pak Cik) yang mencari cinta sejati, harap-harap dia dah jumpa, baru saja bertunang hari semalam (13 Jun). kemudian, yang ni tak kenal..


Pasangan pengantin Kak Nora dan Abang Hafiz (ramai pula yang nama Hafiz kahwin sekarang?)Cantikkan biru dan putih pabila digandingkan?

Oklah, ini aktiviti cuti sem yang sangat panjang ni. Kerjaya terkini: Suri Rumah

ok la..jumpa lagi!

Wednesday, June 3, 2009

Keabadian Cinta

Saya, Dia dan Kamu..





Inilah barisan pelakon di bawah pohon rambutan.




Bersama Heroin drama sebabak..

Ini bukan tajuk lagu tapi ini adalah cinta yang diabadikan dalam handphone saya yang tak berapa nak canggih tu. Dengan kekuatan megapiksel sebanyak 2.0 mp saya merakamkan detik kemesraan kami. Alang-alang ambil gambar orang lain baik ambil gambar keluarga sendiri. Mak yang kepenatan tu pun cuba mengukir senyuman.Sebab baru lepas balik kenduri Shaheela yang bertunang tu. Ops, lupa nak ucapkan tahniah! ye, tahun depan insya Allah turn untuk kahwin pula. Abah tiba-tiba muncul. Abby pelakon tempelan.Nampaknya hero sudah datang.. (menyanyah pulak)

Ada satu dialog berlaku, "gambar abah dengan mak ni tak nampak mesra la!" (huhu, komen!)
"biar mesra tak nampak di luar tapi sentiasa dekat di hati!" (kesimpulannya )

Ok la, post kali ini tiada yang serius..cuma buat Along, "Kesian Along kat Penang..mesti rindu punya kalau tengok gambar kitaorang ni!"

Saturday, May 30, 2009

Bertunang Akhirnya..



Hanya gambar mampu ku utus..penat setelah majlis siang tadi..

Saturday, May 23, 2009

Gambar Kahwin

Pada 17 Mei lalu, abang sepupu saya, Azhari Hasyim dan isterinya Kak Eija diraikan di kampung pihak sebelah lelaki. Kami sebagai sepupu tumpang gembira. Bukan selalu dapat berkumpul dan berjumpa. Masing-masing dah dewasa sekarang. Azwan baru sahaja melanjutkan pelajaran di KLIUC, Ehsan di Politeknik, Helmi di Kem TUDM Butterworth, Kak Nora pula bakal menyusul mendirikan 'masjid', Abg Rushdi bakal bertunang dengan jirannya, anak Kak Lin pun dah besar, Kak Chik Shazrin pula dah ada anak 10 bulan. Saya pun hampir terlupa dengan wajah mereka. Sampai tak kenal sepupu sendiri. Lama sangat tak jumpa!

Jadi, saya biarkan gambar ini berbicara untuk tatapan anda.

Teringat kata-kata saya pada seseorang, soal fizikal dan saiz bukan ukuran utama..rasailah di hatimu siapakah yang dapat membahagiakanmu?


pelamin indah buat pengantin


pak lang, pakcik dan baby Afreen


pengantin, saya, dan kak Nora


selamat pengantin baru

Friday, May 1, 2009

Birthday Boy…Kau Teristimewa…


Peluang berada di daerah kelahiran saya tidak harus dipersiakan. Ketika cuti menjelma saya suka berjalan-jalan. Sekejap di Penang, sekejap di Kuala Lumpur dan di Kluang. Mengisi masa terluang katakan.. Kepulangan kali ini ke rumah ayah dan bonda sangat singkat. Namun, saya ambil masa untuk berjalan-jalan. Sebenarnya saya memang tak suka duduk diam di rumah.Di Nilai pun kalau kawan ajak keluar teman cuci kereta, pergi Giant ke tetap nak ikut. Yelah mungkin sebab pengangkutan ’awam’ di sini asyik berbayar, bila dapat jalan-jalan free siapa tak nak?!

Saya meraikan birthday seseorang yang istimewa, jarang sekali saya meraikan birthday dia. Selalu tiada di rumah. Bagi saya, kalau ada rezeki lebih sikit, apa salahnya berkongsi dengan orang lain. Allah telah memberi lebih dari apa yang saya keluarkan. Esok adalah ulang tahun kelahirannya. 15 April 1991 itu tarikhnya.Rupanya cepat benar kami membesar. Tidak sedar masing-masing sudah tamat persekolahan. Sejak umur 13 tahun saya membesar bersama rakan sebaya. Dialah penghibur mak dan abah di rumah. Tidak pernah berada di ’luar kawasan’. Adik, oh adik! Saya pun adik juga.. anak bongsu perempuan. Jadinya, saya tak panggil dia adik. Nama diberi Ahmad Bukhari Fitri bin Nordin. Nama manja Abby. Hehehe...



Walaupun dia adik, dia tak manja macam saya. Cukup berdikari dan pandai simpan duit sendiri (belajar masa tadika, dapat hadiah no. 3 simpan duit paling banyak!) . Saya kagum dia berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati. Dia jarang meminta duit untuk membeli itu, ini. Abah pun suka memuji dia yang tidak banyak kerenah. Handphone, sneakers, seluar jeans, dan macam-macam keperluan anak remaja lelaki dia beli sendiri. Patut la kurus semacam Abby ni !

Cuma satu je, saya tak dapat membantu dia dalam pelajaran. Jarak usia kami empat tahun. Semasa saya Tingkatan Satu di SMAKJ, dia baru sahaja Darjah 3. Kami membawa haluan sendiri. Gaduh, bertikam lidah tanda kami mesra bila berjumpa. Hahaha.. tapi salam tetap si adik kena cium tangan. Rasa superior lak !

Jadi, kali ini saya belanja dia makan sushi. Saya pun teringin nak makan sushi di Sushi King. Apatah lagi adik saya sendiri bekerja di situ, hari tu dia cuti.




Sakan makan sambil melihat sushi bergerak di depan mata.. Cuma Unagi (belut), ku takkan makan lagi lepas ni! Sedap dapat makan banyak sushi dengan harga murah. Sepinggan hanya rm2.00 dapat sepasang sushi yang sama. Bayangkan sebelum ni ada yang mencecah RM4.00. Kenapa murah? Sebab ada bonanza la. Best je, datang tak perlu beratur panjang, ada kabel! Ni la cara saya meraikan birthday dia.

Dulu dia ’pau’ saya tengah sengkek, tak mampu nak belanja mahal-mahal waima burger. Kali ni kakakmu ini murah hati. Ha, makan-makan! Selepas makan kami tapau donut di Big Apple buat mak, abah, dan kami sendiri. Seronoknya hari makan-makan di Kluang Mall! Buat abang Teh, nak ambil hati punya pasal, belanja ayam KFC pun dah ok (dia tak suka fast food lain)! Kalau Along ada kan best! Dia suka bawa kami jalan-jalan..


Bagi saya, air dicincang memang takkan putus. Walaupun dahulu kami teman berkelahi, kami juga teman sepermainan, teman berjalan-jalan. Kami berebut perhatian mak dan abah. Saya dapat abah, dia dapat mak. Sehingga sekarang pun, dia lebih manja dengan mak berbanding saya.

Jadinya, keluarga adalah unit asas dalam masyarakat. Semasa kecil kita diperingkat sistem mikro di mana kita hanya bergaul dengan adik-beradik dan ibubapa. Sekarang kita telah ke peringkat makro dan tentunya perkembangan kita makin meluas. Moga kematangan fizikal seiring dengan kematangan psikologi dan pandai bersosialisasi. Saya nak mendalami ilmu tentang manusia yang saya belajar ini. Setiap manusia adalah unik, bak kata Carl Rogers!

Sayangi keluarga kita!