Tiba-tiba banyak benda dalam kepala ni yang nak dicurahkan... semuanya reflection aku dan persepsi aku tentang apa yang ebrlaku dalam hidup ini... banyak sangat hingga aku raaaaaaaasa apa yang aku tulis ni akan bercampur aduk dengan macam2 benda tanpa arah tapi itulah yang aku nak katakan.. betapa hidup ini telah membuka mata dan pemikiran dan memberikan rasa yang pelbagai untuk aku nikmati...
hidup aku indah! itu kenyataan!
hidup aku complicated.. itu realiti jugak...
dalam masa yang sama aku tengok betapa masyarakat hari ni tidak seperti yang pernah aku bayangkan masa zaman kanak-kanak dahulu... menjadi seorang dewasa rupanya banyak benda yang aku kena perhatikan, pertimbangkan, dan menguruskan diri sebagai seorang bujang dewasa hihi...
aku fikir kenapa orang semakin pentingkan diri sendiri, tidak berperikemanusiaan, tak fikirkan orang lain sebab dalam masyarakat dia dilayan begitu... ni mcm salahkan masyarakat je kan... tapi bila dalam hidup ni kena adalah survivor, kita akan survive selagi nyawa dikandung badan... untuk seorang survivor dia kena pastikan diri dia selamat dulu baru fikirkan pasal orang lain.. bila rasa tak selamat selagi itu dia akan berjuang untuk diri dia... tapi sebenarnya kita tak sedar yang hidup di dunia ni kita memang tak boleh nak mencukupkan keperluan kita sendirian... mesti ada pergantungan sesama manusia... letih kalau semua benda buat sendiri... sebab tu bila kita berkongsi dan saling tolong menolong kita rasa ringan sikit beban kita... dalam mencukupkan keperluan sorang survivor, kita turut bantu orang lain untuk survive...
tapi bila semua orang fikirkan diri sendiri, dan pentingkan diri sendiri... tengoklah macam2 hal terjadi....
Ada benda nak story kat sini.. hurm macam-macam perasaan aku alami minggu ini.. suka ria, duka dan tangisan serta kejutan...
Ok ada dua perkara besar terjadi dalam hidup aku minggu ni... ok noted!
Pertama,
Ia adalah perkara yang baru berlaku semalam... jeng..jeng..jeng..
Semalam aku datang ke KOnvensyen Antarabangsa Kali Pertama anjuran Persatuan Kaunseling Malaysia.. aku datang hanya sebagai pembantu Mdm aku.. tiba-tiba ada sorang junior ni tegur aku, kak, kenapa semalam tak datang? ada rehearsal... kitaorang gantikan akak ambik hadiah.. haish.. terpinga-pinga la aku jadinya... dah la pakai sempoi je baju kurung cotton warna hijau lumut tu.. ah, sudah apa ni? blurr je... tau-tau datang kena ambik hadiah dari Dato' Sri Shahrizat Abd Jalil.. hurm, aku baru teringat la yang hari tu Prof minta aku lengkapkan borang pencalonan tu. Aku buat jela.. Cari juga la sijil-sijil alama yang terperuk kat stor tu.. Takde la bajet dapat tapi rupanya wakil setiap universiti dapat penghargaan tu.
So, petang tu masa perasmian aku bersiap secomel mungkin, muka cool je tapi dalam hati.. neves kot.. mana taknya aku tak tahu apa-apa.. (eleh, macam tak pernah amek hadiah lak) sempat gak la aku kenal penerima anugerah lain, Teh (UMT) dan Syarimah (IIUM).. dorang jap je jadi macam member..
Lepas nama aku diumumkan, aku naik dengan senyum-senyum comel.. (arr, jap senyum ke sengih eh?) sampai DS Shahrizat cakap, "seronok eh terima hadiah!". Senyum je aku, "terima kasih.."
Hehehe, neves datang balik... aduh bila mengadap orang yang cukup ramai di depan mata sambil mendengar ucapan Dato Mansor lak yang dilantik jadi felo kehormat.. wah... nak tahu apa aku dapat??
-certificate of excellence dari PERKAMA + keahlian seumur hidup yang bernilai RM300 + buku..
ok la kan?? haha, ada gak member aku macam jeles je.. takpe, dia dah dapat perkara yang lebih baik dari aku..
Aku ni seronok sampai lupa salam lecturers aku kat atas tue.. aduhh, buat spoil la u gurl, jaga adab tu ok!! setinggi mana pun u, dorang lagi tinggi dari u sebab dorang tok guru u..(marah kat diri sendiri sebab kacang lupakan kulitnya, pappp!!)
Nway, aku sempat kenal penerima anugerah lain... best ar kawan dengan dorang ni! i like! ada sorang tu budak UMS nama dia Topik Ibrahim sekarang praktikal kat Penjara.. waah sabahan juga.. cepat mesra... almaklumlah pelajar kaunseling katakan... kitaorang lepak sama masa meeting.. Faris (UPSI) pun join gak.. cikgu tu orang Perak. Tak sempat nak borak panjang tapi dia share pengalaman handle remaja kat sekolah.. best woo... Pastu Khirul (UUM) aiseh mamat ni aku kesian kat dia sebab dia tak naik pentas.. MC tak sebut nama dia.. hurm teknikal error la bro.. tengok muka dia aku rasa dia macam terkilan je... serius beb, kalau aku kat tempat dia terasa berbakul-bakul... (brutal tu ayat aku sekarang... ar, rileks!) lagi sorang dak Shahirah ni dari UM dia mmg cool.. si Marwan (UPM) tak sempat nak tukar-tukar no contact.. hahaah, nak dapatkan pic kitaorang dgn DS tu sebenarnya..
So, itu la hal semalam.. kena join meeting AGM sebab dah jadi Ahli Seumur Hidup.. abes la kalau aku hilangkan diri kena pelangkung karang dengan en Papa Kaunseling USIM...Dinner tu aku serba salah nak join tapi takpe la next time... kalau tak boleh get to know each other lagi kan.. hihi gatal!!
senyum je aku dengan DS, kan??
OK daa..
Kedua,
21 JUN 2011 tarikh pahit aku... see, sedih tapi aku gembira sebenarnya.. aku rasa biarlah aku ikut flow je.. bab2 relationship comlicated.. arr, bercinta sampai ke syurga hendaknya dengan si dia.. nway, aku tbe2 rasa sayang lak bila ini semua terjadi tapi ada kemanisannya... lagi manis dari dulu... oh, cinta buat hidup jadi indah!
See, i want the best for us... ok sebuah lagu kesukaan beliau yang aku ingat.. hahaha.. memori daun pisang tul la..
Salam... lama giler tak tulis apa-apa kat blog nie.. rasa malas je nak tulis sebelum ni.. tapi hari ni ada semula semangat baru untuk tulis catatan hidup ni... yeah, proceed gurl!!
Hari ni puas aku fikirkan sesuatu.. adakah penilaian aku ni berdasarkan emosi semata-mata... hurm tetiba rasa nak jumpa kaunselor.. tapi aku adalah orang yang suka buat ikut kepala sendiri.. macam wasting time lak..
juz ni apa yang muncul di benak aku.. aku nak tulis jugak sebab aku nak motivate balik diri aku nie...
" now, its the time to make yourself cute, gurl!.. so please love yourself more than you love him
please love Allah more than you love him please love Rasulullah more than you love him please love mak and abah more than you love him please love your work more than you love him Please cherish yourself with whatever you wanna do do meet new people, read more books, usrah, hafal surah..
Enjoying yourself as Khalifah - you got power on yourself Be proactive, gurl! "
Hujung minggu yang menyeronokkan... bab jalan-jalan nie serahkan pada yang pakar... heheh.. bukan saya la.. abang saya yang pakar..
29 Mei 2010 Jam 11 pagi kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands melalui Tapah, Perak. Sepanjang jalan saya meneroka tempat-tempat baru.. Oh kat sini Kota Damansara (hihi..) sini Sabak Bernam.. sini Sungai Buloh.. pernah kena marah dengan abang.. jalan melangut je.. so bila jalan saya akan cuba kenal tempat-tempat tu.. bila dah masuk Tapah... hahaha.. cabarannya bermula.. nasib baik bukan saya yang memandu.. jalan dia bukan main lagi bengkang-bengkok.. Huhu, alhamdulillah takde apa-apa.. saya jenis 'tough' tak la mabuk dengan jalan macam tu.. berbeza dengan mak dengan adik saya yang mabuk dnegan jalan macam ular nie..
Jam 1 petang Sampai pun ke Tanah Rata Cameron Highlands. Hujan pula cuaca masa tu.. cejuuukk!! Jumpa mak, abah, adik dan along... Huhu, rindunya kat mereka.. saya peluk mak saya.. serius.. seumur hidup saya, saya tak pernah peluk mak saya macam tue.. rasa bahagia sangat!!! lagipun dah beberapa bulan tak jumpa mak saya... dengan abah pun macam tue...
Makan tengahari kat situ saya sempat beli apa-apa cenderamata kat situ. Huhu, bestnya bantal strawberry yang besar tu.. Nak sangat tapi takpela banyak dah bantal saya sekarang...
Jam 3 petang Saya ditinggalkan oleh kakak saya... tu la tak faham lagi apa orang cakap.. i miss the best part of the trip... strawberry farm.. agro farm... waa... jeles sangat!! sampai tak nak tengok gambar mereka kat situ. Saya ingat abang saya pergi rupanya tak pun... uwaaaaa...
Jam 9 malam Selepas lepak-lepak di apartmen, kami pun pergi pasar malam di Brinchang... waa.. i want shirt!!! huhu, abah tunggu dengan setia anak dia yang sorang ni bab membeli memang cer ewet... dapat pun.. ingat nak beli Tshirt labuh tapi tak sesuai daa.. akhirnya beli satu yang sesuai dengan saya.. cun jugak la.. yang best dekat pasar malam ni barang-barang atau makanan dia lain sikit.. sedap la cendawan goreng dia.. kalau yang biasa kita makan cendawan tiram. tapi yang ni macam cendawan shitake tue.. agak mahal la namun harga dia RM3 sebekas.. hehehe.. mula2 beli macam piranha kami makan... hahahha... dah takde adab makan lak sampai tak reti duduk.. yelah lapar sangat sebenarnya... jalan2 tengok banyak barang atau makanan berasaskan produk tanaman tanah tinggi..
Balik dari sana kami pergi makan malam. Hahaha.apa daa.. pergi makan lambat habis dah bahan masakan... last2 ikan siakap tinggal seekor je.. kongsi la dengan lapan orang dewasa...
30 Mei 2010
Hari esoknya nak pergi Ladang Teh BOH Sungei Palas.. Lagi la mencabar jalannya.. sempit je.. main-main hon la sebab tak nampak orang dari arah depan di selekoh yang tajam.. huhu, siapa2 nak test power memandu, silalah tunjukkan kemahirna anda di situ.
Best la pemandangan kat situ.. I like!!
Balik dari situ kami singgah ke KEA Farm.. Yeah I got my roses there... sayangnya my roses da layu sekarang... huhu.. lepas ke sana saya dan keluarga ke Cactus Point.. Waa... dapat kaktus dari abah dan kaktus untuk somebody gak.. Entah kenapa teringat nak bagi seseorang.. puas fikir nak beli apa.. lagipun mahal-mahal sure tak mampu.. baik beli untuk diri sendiri dulu kan? hihihi.. (^.^)v
Akhirnya kami berpisah di Kampung Taman Sedia.. sedih la pulak berpisah... yang kelakar tu adalah mak saya cakap pening2 dengan jalan yang macam ular di Tapah tapi adik saya pulang yang pengsan... waa... amik bau 'wangi' jenama Wekkkk!!!
Malam jam 11.30 kami sampai ke rumah abang di Batu Caves.. penatnya... waa.. sempat lagi layan FB dan mesej hp. Ok la panjang sangat tulis..
Lama sungguh tidak tulis apa-apa di blog sendiri.. Rindu untuk menulis tentang cerita seseorang di Cerita Seseorang.
Sebenarnya banyak sebab tidak menulis sejak lima bulan yang lalu.. dan akhirnya kini mood saya menulis telah kembali..
Ini blog saya.. Jadi saya nak tulis macam-macam kat sini.. Saya tak kisah dah siapa saya yang nak masuk membacanya... apapun tulisan di sini adalah hak milik saya kecuali saya ambil dari sumber luar.
Ok, apa saya buat sepanjang lima bulan yang lalu.. tentunya praktikal saya telah memadamkan minat saya untuk menulis.. saya ingin tulis sesuatu yang bermanfaat buat diri dan orang lain..
Saya temui pelbagai perkara dalam praktikal lepas, ia mengajar saya sesuatu yang amat berharga dalam hidup ini.. ada masa saya akan kongsikan pengalaman tersebut..
Lamanya tak update apa-apa BUAT TAHUN 2010 ni.. kenapa tah semangat menulis itu pudar...
Jadinya buat yang bertandang ke blog ini, sudah sebulan saya tak update apa-apa..
perkembangan terbaru ialah..
Saya telah menginjak ke tahun baru 2010 dan saya kini berumur 23 tahun pada 28 Januari 2010.. huhu, cepatnya usia bertambah lagi setahun..
sekarang saya sedang menjalani praktikal sebagai kaunselor pelatih di Institut Profesional Baitulmal, K.L. huhu, macam bekerja la gayanya nie... 28 Mei 2010 saya akan menamatkan latihan saya di sini. Kemudian saya akan berkahwin pada bulan Jun tahun tak tahu...hihihi..
Sebenarnya menulis perlukan feel..tak dak feel tak sedap.. dan ini adalah penulisan saya yang terhampeh dalam banyak-banyak entri di blog Art ini...
Maaf ye..
Sekarang mood menulis zero.. buat Faiz yang mengharapkan saya menyambung penulisan cerpen, saya tidak dapat memenuhi permintaan kamu buat masa ini..maaf!
Semalam 9 Muharam. Ramai berpuasa sunat semalam. Ceramah di surau kat rumah Atie tak jadi lantaran ada 'pakatan' menggunakan surau sebagai tempat ceramah politik. Hari Asyura berlalu tanpa ceramah seperti yang dirancangkan. Hurm.. sayangnya~
Ha, sempat la Atie jamu mak dan abah kek coklat Atie masa buka puasa. Rasanya sedap juga dan berbeza dengan kek sebelum ni. Agak kering dan kurang lembab seperti kek sebelum ini.
Hari mak dan abah puasa. Niat di hati nak buat puding karamel. Bab masak-memasak ni memang dapat sokongan padu mak dan abah. Seronok dipuji oleh abah walaupun saya tahu abah ni jenis makan je apa saya masak. Sedap ke tak dia tak kisah.. bukan apa saya rasa itu satu sokongan untuk terus menambahkan ilmu dan kemahiran memasak. Sedap atau tak tu no. 2. Bab memasak tu antara perkara wajib. Boleh dikira berapa kali je saya masuk dapur setahun.
Petang tadi saya masak puding karamel. Walaupun resepi yang ringkas tapi saya suka sebab puding ni sedap dimakan. Akhirnya setelah siap, saya terus menyejukkannya di peti. Sedapnya.. Dapatlah akhirnya menjamu mak dan abah dengan puding karamel buatan Art nie.. kalau nak resepi anda boleh cari di myresepi.com
Ibu tujukan lagu ini buat hiburan kamu.. ibu tahu kamu suka menonton kartun.. mungkin cerita ini lagi bagus buat kamu sayang.. ibu akan nyanyi sama-sama dengan kamu..
Nanti kamu sudah besar kamu mesti solat ya, jangan sesekali tidak bersolat kecuali keadaan itu tidak mengizinkan..
Malam ini saya bersemangat membuat kek coklat kukus setelah sekian lama menangguhkan niat itu sejak hari raya haji lepas.. resepi lama itu saya ubah dengan menggunakan susu krimer pekat manis pula. Mudah sahaja membuatnya..mungkin didorong rasa teringin makan, sekejap saja kek tersebut siap..
Keluar sahaja dari kukusannya, saya teringat yang saya terlupa melubangkan aluminium foil yang menjadi penutup bekas kek tu.. hurm, jatuh la balik wap air atas kek..ingat tu lain kali cucuk je dengan garpu..
Teringat Nuar cakap, makanlah masa panas-panas, sedap! Betullah Nuar, sedapnya kek panas-panas ni, lekang pun kek ni dari bekasnya, senang nak potong.. hurm, topping je tak buat lagi.. esok sajalah.. jadinya gambar ni adalah keadaan original kek tu..
Saya teringat pada kawan saya.. dulu pernah menyatakan padanya untuk memberi kek home made saya ni kepadanya. Namun sehingga kini saya tidak berpeluang.. macam sedap sangat! Saya berharap satu hari dia dapat merasainya.. Banyak kek-kek di luar sana yang memikat selera.. takpe sikit-sikit belajar buat kek.. nanti boleh ambil hati mertua..hihi.. berangan!
Teringat juga pada Kak Sara dan Asmaq yang meminta resepi kek ini.. Wah, terbukti dapat memikat hati orang dengan hanya kek sahaja..
Ok, Ahad ini puding karamel pula.. Abah, u'll love it!
Berita ini menarik minat saya atas apa yang berlaku pada saya baru-baru ini. Satu pengajaran buat semua juga.. Wahai wanita, hati-hatilah.. wahai lelaki, peliharalah dirimu dari mengikut nafsu amarahmu..
Teringat ayat Quran yang menyuruh lelaki dan wanita menjaga pandangan dan kemaluan mereka...
Tajuk berita ini menakutkan.. Ingin sahaja saya menganalisis apa sebenarnya penyebabnya dan apakah sebenarnya membuatkan lelaki tu bertindak begitu.. Saya akan cuba mengumpulkan maklumat mengenai apa yang berkaitan..
Tuntut cinta lepas perkosa gadis (Jumaat, 25 Disember 2009 ) Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my
AMPANG: Kerana mahu menagih cinta, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila merogol wanita berkenaan di bilik sewa mangsa di rumah kedai di Pandan Indah dekat sini, Khamis lalu.
Malah, lelaki bernafsu binatang itu bertindak ganas apabila mencekik, menampar dan mengugut membunuh wanita terbabit jika dia melawan dan menjerit.
Mangsa yang takut dan tidak berdaya melawan hanya mampu menyerahkan tubuhnya diratah lelaki durjana terbabit selepas dia lemah akibat dipukul dan dicekik.
Kejadian terbabit bukan hanya sekali, malah lelaki terbabit yang tidak berpuas hati mengambil kesempatan ke atas mangsa yang masih dalam keadaan lemah apabila merogol sekali lagi kerana wanita itu masih enggan menerima cintanya walaupun didesak berkali-kali.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika wanita berkenaan yang menyewa di sebuah daripada tujuh bilik di rumah kedai terbabit didatangi lelaki berkenaan.
“Lelaki itu memang mengenali mangsa dan tujuannya ke rumah berkenaan sebenarnya untuk mencari rakan kepada wanita itu yang menyewa di bilik sebelah.
“Bagaimanapun, ketika itu, rakan mangsa yang juga seorang wanita tiada di bilik sewa kerana bekerja membuatkan suspek mengetuk pintu bilik mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas membuka pintu bilik, lelaki itu bertanyakan mangsa sama ada rakannya berada dalam bilik sebelum diberitahu kemungkinan rakannya berada di tempat kerja.
“Mendengar jawapan itu, suspek meluru masuk dan mencekik serta menampar mangsa selain mengugut bunuh jika dia melawan dan menjerit.
“Bagaimanapun, mangsa cuba melawan dan menjerit berulang kali, namun jeritannya sia-sia apabila langsung tidak didengari sesiapa dan dia yang tidak berdaya terus dirogol,” katanya.
Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun itu mengenali suspek kerana dia pernah beberapa kali berkunjung ke rumah kedai berkenaan untuk mencari rakan yang menyewa di bilik sebelah.
Malah, suspek sebelum ini pernah bersembang dan bertanyakan mengenai rakannya kepada mangsa membuatkan wanita terbabit tidak mengesyaki lelaki itu mempunyai niat buruk dan menyimpan perasaan kepadanya.
Sumber terbabit berkata, selepas merogol mangsa, suspek memberitahu dia memang cintakan wanita berkenaan dan menyayanginya sepenuh hati dan mendesak supaya mangsa menerimanya.
Bagaimanapun, mangsa enggan menerima cintanya membuatkan suspek berang dan sekali lagi merogolnya selain mengugut mengambil gambar bogelnya.
“Selepas merogol, dia merayu supaya menerima cintanya, namun wanita berkenaan tetap berkeras dan meminta lelaki itu pulang.
“Sebelum beredar, lelaki itu memberitahu kononnya dia terpaksa merogol kerana wanita itu degil dan enggan menerima cintanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.
Menurutnya, polis masih memburu suspek berusia lingkungan 30-an dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"kalau awak sayangkan seseorang, awak lepaskanlah dia pergi... "
"hurm.. patut ke lepaskan dia pergi?.. kenapa tidak saja mempertahankannya?"
"lepaskan demi kebahagiaan dan kegembiraan dia... "
Ada juga berkata,
"kalau kamu jumpa lelaki yang baik akhlaknya dan agamanya, jangan lepaskan dia.."
"jangan terlibat dengan cinta... jangan bercouple..haram..ia menjurus kepada maksiat dan mendekati zina.."
Ada makcik berkata..
"nak elak maksiat ke sebab nak kahwin?! mak cik tak setuju! kita boleh elakkannya kalau kita tak cari..kita tak perlu nak keluar dating... bla..bla...bla..."
Lagi melampau,
"kalau awak reject saya, saya rogol awak!"
Itulah ayat-ayat yang pernah saya dengar dan lihat...macam -macam pendapat kan.. cinta memang subjektif..
Pendirian saya pula macam mana? Rahsia...hihi..
Macam-macam yang berlaku dalam hidup ini kan.. anda sendiri yang menilainya!
Maaf penulisan saya serabut sekarang~
Lagu di bawah ini merupakan luahan jiwa orang yang terpaksa atau terlepas orang yang tersayang... hurm.. apapun moga anda bertemu jodoh yang baik nanti.. dan paterilah ikatan cinta anda dengan perkahwinan..
Buat kawan-kawan saya yang sudah bernikah, tahniah! ketahuilah syaitan menangis saat anda berdua dinikahkan... buat yang sedang bercinta, ketahuilah syaitan sentiasa mencari jalan melalaikan kalian..
Lagu kedua pula buat diri saya sendiri juga dan all ladies out there.. hehehe.. hubungan melalui internet, sejauh mana anda pasti dengannya? watch out!
Saya mengalami peristiwa yang agak berlainan dari peristiwa yang pernah saya lalui. Selama ini saya tak terjangka akan melaluinya.. menjadi seorang pelajar kaunseling yang diajar untuk meneroka dunia dalaman klien membuatkan saya teruja apabila berhadapan dengan manusia yang tidak seperti manusia yang biasa saya temui. Setiap manusia sememangnya unik, punya personaliti tersendiri walaupun pelbagai teori personaliti memberi klasifikasi pada sesetengah tret manusia. Menghukum, melabel, stereotype pada seseorang bukanlah sikap seorang kaunselor. U.P.R -unconditional positive regards @ penerimaan tanpa syarat senang untuk dihafal dan disebut. Namun belum tentu seseorang itu mampu mempraktikkannya..
Meneroka dunia dalaman klien memerlukan kebijaksanaan. Bermain kata-kata (bukan mengayat,ok !) itu penting melalui soalan-soalan yang diajukan. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa soalan itu mengancam klien, menjatuhkan maruah, merendah-rendahkan klien atau sememangnya soalan bodoh.. lidah ini ringan kadangkala..maka kita tak terasa timbangannya menyebabkan kata-kata kita sebenarnya menyinggung perasaan klien..
Teringat teori Gestalt yang menyarankan penggunaan soalan berbentuk, "apa?" dan "bagaimana?". Ini merupakan panduan saya dalam meneroka cerita seseorang..
Petang tadi dapat mesej dari Wani, "result dah keluar". Sejak pagi saya melihat-lihat Ewadi-portal pelajar USIM untuk mengetahui keputusan peperiksaan semestar 7 namun tiada apa-apa lagi. Namun, petang tadi mengejutkan... ditemani suara sahabat dari jauh, saya gagahkan hati buka Ewadi. Ada sedikit kekuatan kerana ada teman untuk berkongsi rasa di hati. Sedih dan tak terjangka keputusan akan seperti ini.. kenapa teruk sangat, berkata dalam hati ini.. ah, Art, tak bersyukurkah kamu?
Sedih lagi bila melihat subjek yang diharapkan tidak memberi keputusan yang diharapkan.. bila menanam harapan, anda perlu bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan... tangisan terbit jua.. bukan saya sahaja, sahabat yang lain juga merasakan perkara yang sama.. projek Ilmiah saya juga hanya layak dinobatkan selain A.. teringat pula artikel lepas.. bertajuk "Awak~"
Itulah lumrah hidup kita, awak pernah rasa macam tu tak? Bila kita dah terjatuh balik baru kita sedar hakikat diri kita yang sebenar.. kita teringat usaha-usaha kita dulu nak sampai atas.. tapi harap-harapnya kita sedar hakikat kita seorang hamba Allah.. apa yang kita dapat kadang-kadang kita rasa itu semua usaha kita.. kita berjaya atau gagal semua sebab kita yang buat... kita kan manusia, awak manusia juga kan? Berapa banyak jela kemampuan kita ada, sangat terbatas awak.. sebab ada suatu kuasa yang menjadikan kita, yang mengatur hidup kita, yang lebih memahami kita lebih dari kita kenal diri sendiri.. bila kita rasa tak mampu, lemah kita ingat kembali bahawa tiada apa yang dapat membantu kita melainkan Tuhan kita yang Maha Penyayang..
Apapun saya berharap ada pengajaran si sebalik semua ini~
Buat sahabat-sahabat saya yang merasai perkara yang sama...
semoga kita muhasabah semula diri kita, saya faham anda juga sedih namun itulah yang takdirNya.. mudah-mudahan kita redha denagn apa yang kita perolehi..
Lamanya tak posting di blog sendiri.. Cuti ni benar-benar merehatkan saya.. segalanya terasa tamat setelah habis menyiapkan projek ilmiah tempoh hari.. lega! alhamdulillah.. walaupun saya tahu penyelia tidak memberi gred A pada sesiapa yang di bawah penyeliaannya tetapi saya rasa saya dah cuba sedaay mungkin membuat yang terbaik..
"The Relationship between Religiosity and Depression among Students of FST at ISUM"
Itulah tajuk yang membuatkan saya berhempas pulas menyiapkan.. Saya tahu walaupun saya menyiapkannya agak lambat tetapi saya bersyukur... sebab tatkala saya sedang sibuk menyunting sana-sini saya boleh terus menjilid berbanding rakan lain yang masih menunggu respons dari penyelia mereka...
Macam-macam saya belajar dalam menyiapkan kajian ilmiah saya. Walaupun mungkin ada yang berpendapat tugasan ini mudah namun cubalah sendiri. "99% usaha anda"- kata penyelaras saya. Sepanjang melakukannya pelbagai perkara suka duka yang dialami, dirasai dan dipelajari. Antaranya:
- Fikir bagaimana merangka kajian.
Walaupun pernah belajar Research and Methodology Course tapi masih banyak kelemahan dalam membuat proposal. Rasanya penulisan terlalu am dan tak menepati kehendak penyelia.
Ditolak proposal kerana kandungan tidak sesuai. Ini juga menyebabkan saya hilang mood nak buat proposal. Menangguhkan kerjanya kerana tiada mood nak menulis dan mencari idea. Setelah dipaksa otak ini bekerja atas desakan-desakan luar maka siaplah juga proposal saya.
- Cari bahan seperti instrument, kajian lalu
Yang part ni saya suka buat sebab saya dapat jumpa pensyarah dari UPM dan UKM. Terima kasih penyelia kerana menemukan kami dengan mereka. Saya seronok jumpa Dr Lateef dari UPM dan Prof Dr Khairul Anwar dari UKM. Mereka sedaya upaya membantu. Saya dapat pun MRPI. Satu instrumen yang direka untuk mengukur tahap keagamaan bagi Muslim di Malaysia terutamanya. Susah nak cari instrumen keagamaan yang sesuai dengan orang Islam. Kebanjiran instrumen dari negara Barat terutamanya perlu disesuaikan dengan responden di Asia. Ini kerana kedudukan geografi sememangnya berbeza apatah lagi budaya dan latar belakang.
Yang seronok lagi saya dapat melihat-lihat universiti lain melalui perpustakaannya. Tiga destinasi saya yang dikunjungi adalah UKM, UM dan UIAM. Setiap perpustakaan punya suasana yang berbeza-beza. Namun khazanahnya tidak ternilai. Menjumpai kajian yang berkaitan dengan tajuk memang menggembirakan.. syukur berkali-kali..
Tahu tak apa yang menggembirakan saya hari ini? Syukur pada Allah.. akhirnya saya sampai ke penghujungnya juga.. saya ingatkan saya tak mampu harungi semua ini.. saya rasa berat sangat nak buat sampai rasa saya tak mampu lagi nak teruskan..
Saya malu bila kawan tanya.. saya tak tahu nak cakap kenapa, apa alasannya.. tapikan awak, saya marah juga pada orang yang tak faham keadaan saya... kadang-kadang saya rasa seolah-olah sindiran tajam dengan pertanyaan mereka..saya sedar awak..siapa diri saya ni..pernah saya rasa stress sangat sebab ni.. entah la kenapa kadang-kadang saya boleh jadi serabut sangat dengan apa yang saya buat.. kadang-kadang saya buat-buat tak tahu je, buat-buat tak sedar.. kadang-kadang malas nak fikir.. saya tak tahu nak buat macam mana.. buntu.. awak pun saya tak beritahu apa masalahnya ni.. buat-buat rileks je.. awak nak tahu tak, sem ni saya rasa performance saya teruk sangat tapi saya macam tak kisah apa-apa.. macam mana la saya boleh tenang dan serabut pada keadaan macam ni..saya langgar je macam-macam walaupun saya tahu itu perbuatan yang salah..
Betullah awak.. hidup ni macam roda.. kejap kita di atas.. kejap di bawah.. bila di bawah, kita nak rasa macam mana agaknya berada di atas tu, tapi bila dah kat atas kita lupa susahnya nak sampai atas..suatu yang kita impikan dulu.. kita lupa bahawa kita takkan selamanya di atas.. kita takut kena turun bawah tapi kita tak jaga baik-baik kedudukan kita sampai bila mula bergegar, mula nak terjatuh baru kita sedar.. ah, kadang-kadang bila kita tersedar, segalanya dah lambat.. kita cuba nak bertahan, betul tak awak? tapi kita bertahan semasa kita dah di hujung-hujung nak jatuh.. akhirnya kita terlepas juga dari pegangan kita..tup..tup..jatuh dah.. kalau jatuh macam nangka busuk, lagi la kita malu kan..
Cuma saya rasa kan awak.. itulah lumrah hidup kita, awak pernah rasa macam tu tak? Bila kita dah terjatuh balik baru kita sedar hakikat diri kita yang sebenar.. kita teringat usaha-usaha kita dulu nak sampai atas.. tapi harap-harapnya kita sedar hakikat kita seorang hamba Allah.. apa yang kita dapat kadang-kadang kita rasa itu semua usaha kita.. kita berjaya atau gagal semua sebab kita yang buat... kita kan manusia, awak manusia juga kan? Berapa banyak jela kemampuan kita ada, sangat terbatas awak.. sebab ada suatu kuasa yang menjadikan kita, yang mengatur hidup kita, yang lebih memahami kita lebih dari kita kenal diri sendiri.. bila kita rasa tak mampu, lemah kita ingat kembali bahawa tiada apa yang dapat membantu kita melainkan Tuhan kita yang Maha Penyayang..
Cuma saya sedih la awak.. bila kita gembira, bahagia kita lupa nak ucap syukur pada Dia dulu.. kita cepat-cepat SMS orang-orang yang kita sayang dulu beritahu kegembiraan kita..adakalanya sampai sibuk fikir macam mana nak "celebrate" kegembiraan tu.. bukankah patutnya kita merafakkan syukur pada Allah..? Saya rasa saya bukan cakap pasal orang lain tapi pasal kita.. jadi saya nak ingatkan awak dan diri saya juga.. tatkala saya teringat ni, mudah-mudahan saya akan istiqamah dengannya..saya harap awak pun macam tu..
Maaf ye awak, saya berbicara panjang sekali.. saya hanya nak berkongsi dengan awak apa yangsaya fikirkan..terpulang pada awak bagaimana nak menerimanya atau tak.. terima kasih sudi dengar bicara saya ni.. saya harap awak dilindingi Allah selalu..
Setiap Hari Adalah Satu Pembelajaran..
Jangan Hanya Melihat Tapi Cubalah Untuk Memerhati..Bukan Sekadar Memerhati Bahkan Memikirkan Apa Yang Dapat Dipelajari