Sunday, July 27, 2008

mak andak...

salam..lama sangat art tak tulis sesuatu..banyak kekangan yang membuat art tidak bisa mengadap komputer lama-lama..

berita terbaru...

alhamdulillah...syukur kepada Allah pemilik sekalian makhlukNya...

saya sekarang telah dinaikkan pangkat..tak kahwin lagi tapi dah jadi mak...hehehe...

baru-baru ni, 17 julai 2008 pangkat saya telah dinaikkan kepada mak cik atau lebih spesifik..mak andak!! mula-mula saya tak suka gelaran ni, tapi terima gak la akhirnya sebab saya kan dah besar.. makin dewasa..boleh praktis awal sikit... faham tak apa yang saya nak sampaikan..tak? tak pe..

saya gembira sangat sebab lama dah saya tunggu nak dapat anak saudara.. abang kata nak bagi nama afreen..maksud nya berani! sedap gak nama tu cuma atok dia suka nama klasik sikit..nama isteri nabi ataupun perempuan mulia.... macam hajar, aisyah, khadijah..

mak andak ni suka nama husna..sedap je kan.. hak seorang anak adalah diberi nama yang baik.. apapun semoga baby ni menjadi pengikat kasih sayang semua orang dalam keluarga.. comel la dia..mak andak geram tengok tapi tak berani pegang sebab dia lembut lagi baru seminggu lebih..afreen tak banyak kerenah pun..mak andak boleh la tengok perkenbangan afreen sebab mak andak belajar perkembangan psikologi kanak-kanak..dan kaitkan denagn apa yang mak andak belajar..sangat menarik..tengok dia hisap jari sampai berbunyi-bunyi...

ok la, saya berhenti di sini.

Friday, May 16, 2008

catatan online

assalamua'laikum...

pertama kali saya sign up dalam blogger secara tak sengaja. ingatkan nak cuba-cuba je untuk kakak tapi terbuat untuk diri sendiri.. saya pun rajin baca blog orang..di situ saya belajar tentang kehidupan dari kaca mata seseorang.. banyak saya dapat pengajarannya.. teringat pada pensyarah pemikiran kreatif dan kritis saya, MR Hisham Kandil, expression of taste adalah hak masing-masing untuk menyukai atau membenci apa sahaja tetapi expression of judgment adalah intrepetasi individu terhadap sesuatu boleh dibahaskan lagi dan dinilai oleh orang lain. jadi apa yang ditulis di sini adalah dari diri saya sendiri. Jika ada apa-apa yang tidak menyenangkan, awal-awal saya minta maaf dan berilah teguran membina ye!

salam perkenalan..

salam perkenalan

assalamualaikum...

art di sini!

Ini adalah kali pertama saya menulis blog..terima kasih sudi menjengah.. apapun insya Allah ada masa saya akan cuba menulis sesuatu di sini..sebarang kata-kata yang tidak menyenangkan, saya mohon kemaafan. Sebarang teguran dan komen dialu-alukan.