assalamualaikum...
pagi jumaat ini, saya ingin mengkhabarkan sesuatu.. saya baru belajar erti usaha dan kedegilan. saya begitu degil sebab saya ingin mencapai apa yang saya inginkan.. saya baru tahu belajar erti berusaha dan nilai sesuatu perkara apabila kita kehilangannya..dan yang paling saya sedari ialah hebatnya kuasa Allah yang tiada tandingan. sekali lagi saya menghamparkan kesyukuran yang tidak terhingga apabila Allah memberi saya peluang ini. peluang untuk belajar sesuatu. peluang kedua juga untuk saya menghargai sesuatu.
agak keliru kan? begini, saya sedih sangat apabila subjek penting saya- teori kaunseling digugurkan. subjek ini begitu penting. puas saya berusaha untuk mendapatkan semula. berhadapan dengan mereka yang tidak memahami situasi saya sedikit menggeramkan dan hampir membuatkan saya berputus asa. masalah sistem katanya. saya tidak berpendapat begitu. bukankah sistem ciptaan manusia..boleh diubah? namun, saya masih cuba berdiplomasi dan menghormati mereka. saya memilih untuk tidak membantah dan menunjukkan kedegilan tapi mendengar penjelasan dan memikirkan apa yang saya boleh buat. perbahasan bukan kesukaan saya..
akhirnya, Allah yang Maha Melembutkan hati manusia..
saya berjaya mendapatkan semula subjek tersebut..alhamdulillah masih ada insan-insan yang membantu dan menyokong tindakan saya..itulah yang menambahkan semangat saya..syukran alaikum..
semoga peristiwa ini menjadi pengajaran bagi saya...
Kahfi..
7 years ago

0 comments:
Post a Comment