Tuesday, June 9, 2009

Duhai Hati..

Sabarlah wahai diri..
Jangan diikutkan nafsumu..
Kelak kau sendiri akan rugi
Deritanya kau yang rasa
Inginkah kau menanggung semua itu
Sedangkan kau punya pilihan untuk mengelaknya

Lantas hatimu terdetik
Apakah aku ingin begini sahaja
Membiarkan diri hilang pedoman
Melalaikan diri sedang masa terus berlalu pergi
Kau sedar tapi adakah kau berubah

Al-Quran dihadapanmu
Tapi kau mencari motivasi lain
Sedangkan ia hanya di depanmu
Bukalah ia, selamilah maksudnya
Itulah motivasi terbaik buatmu
Kalam Tuhan yang istimewa
Sungguh hatimu perlukan penawar
Imanmu yang lemah harus dikuatkan
Bukan membiarkan nafsu dan syaitan menguasaimu
Membuat kau malas dan tidak ambil endah

Bukankah kau makhluk Tuhan..
Kau hanya hamba kepada Tuhanmu
Kau mampu melawan kemalasan itu
Hanya keluarkan dirimu dari dunia keseronokan itu
Masamu itu pemberian Tuhan
Lupakah kau pada sabda Rasulmu
Nikmat yang sering dilupakan manusia; masa lapang dan sihat
Peganglah pada maksud Al-Asr..
Demi masa..
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
Kecuali yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan dengan kesabaran
Ayuh diri yang satu,
kembali kepada Tuhan dengan hati yang tenang
Moga diri itu bahagia akhirnya..

0 comments: