
Ini Kompleks Sukan USIM. Best tempat ni sebab kalau weekend je, dari jadi tenuk kat bilik baik datang sini. Jalan kaki pun lagi bagus. Ala 30 minit je nak pergi dari Kolej Kediaman Desa Jati ni. So sape yang nak ikut beritahu awal-awal. Boleh jogging kat trek Pavillion. Balik dari situ kita singgah makan roti canai dan milo ais. Best..best.. untuk sape yang tak kisah nakjaga makan..

Rasa sihat je bila dah bersenam kat sini. . Berlatarbelakangkan bangunan Canselori..ntah pape gaya.. Masa ni dengan Wani je. Seronoknya bersenam dengan kawan. Berdua lebih baik. Sekarang baru faham erti bersahabat..

Seterusnya, bilik saya yang kecil tapi ceria. Banyak pula note kena tampal. Bunga ros kat sebelah tu dah 2 tahun teman saya studi. Tunggu siapa nak bagi bunga lepas ni..

Seronok tengok carta organisasi JAKSA yang kami buat sama-sama. Muna, Dayah, Kak Zura, Fau dan saya buat sama-sama dalam masa 3 jam je. Benarlah kata pepatah dari saya, yang berat sama dipikul yang ringan pikul sendiri.. Dapat la belajar origami baju ni dari Fau. Namun, nama sendiri yang hilang. Mana tah pergi, gunting dah..

Yang ni pun best dan sedap.. apa namanya ye? Raspberry Cheese dari S.R. Ini reward sendiri. Menghadiahkan diri sepotong kek sempena kejayaan yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah..
Aina sebenarnya ajak makan kek..alang-alang tu merasa la meraikan diri sendiri. Memotivasikan jugak kan? Mahalnya kek ni RM 7.30..Apapun berbaloi juga dengan kesedapannya.
okaylah ni je nak beritahu..

0 comments:
Post a Comment