Monday, August 10, 2009

Perasan..


Salam..

Letihnya mengadap bahan tesis saya..terlalu banyak..sampai rasa muak, loya tekak nak termuntah.. ni gara-gara tak plan nak framework dari awal..pengajaran hari ni.. buat rangka supaya tahu matlamat pencarian..tidaklah overload dengan maklumat yang takde kaitan.. pengajaran lain..kerja last minute memang banyak idea..tapi exhausted!

Sebenarnya tengah melepaskan penat dan ingin melepaskan perasaan kat blog.. siapa yang baca rasa saya show off ke perasan lebih ke, boleh klik icon "x" di sebelah kanan..

penat..duduk selama 2 jam di library..mengadap proquest dan ebscohost tambah lagi satu science direct (online database)..namun puas sebab tak perlu duduk kat bilik sorang-sorang, cakap sorang-sorang..mengadap dinding..

Walaupun tak boleh bercakap dalam library rasa seronok tengok ramai student buat kerja kat library. Macam ada orang teman je..(ni namanya perasan) maksud teman di sini ialah sama-sama buat kerja masing-masing di satu tempat yang sama. Luas sikit pandangan mata..aduh, sakit belakang pula bersandar dah macam orang malas, kejap tongkat dagu, kejap kepala atas meja..sah, simptom kebosanan mula menjalar!

Tak nafikan library ni adalah tempat terbest dalam USIM ni walaupun orang komplen tak banyak buku la, atas bukit la.. lepak kat sini memang best..kalau la saya ada motor ke, malam kot baru tahu nak balik bila library dah nak tutup.. bilik best gak tapi saya rasa banyak buang masa duduk bilik sebab buat kerja bukan-bukan.. ada ke study atas katil elok? hurm.. bagi saya katil tempat tidur je sebab confirm study 10 min tak sedar bila terlelap..(tahap disiplin k.o)

Lastly, saya nak lepaskan geram nie tapi tak boleh..geram dengan seseorang..tapi saya tak boleh dan tak dapat marah dia..saya tak terkeluar kata-kata nak lepaskan apa saya rasa tentang dia.. saya takut melayan perasaan kecewa kerana dia itu hanya buat saya makin sedih, tertekan..saya nak keluar dari situasi ni..saya nak berhenti fikir pasal dia.. ntah ntah sikit pun dia tak peduli.. (perasan lagi..) saya tak nak perasan bukan-bukan..melayan perasaan yang tiada penghujungnya..akhirnya saya terperangkap di situ dan masa saya habis begitu saja..

Mungkin saya patut fikirkan diri sendiri dulu, keluarga saya.. saya makin hilang motivasi..terasa tiada siapa menyokong saya.. padahal saya bukan begini dulu.. dengan family saya tunjukkan saya tiada masalah apa-apa.. adakalanya nada suara saya boleh menipu..tak sanggup nak bebankan sesiapa.. hanya di sini saya meluahkan..mungkin sesiapa sahaja akan membacanya..biarlah.. saya tak minta simpati pun.. ramai orang lagi bermasalah dari saya.. tapi ini masalah saya..saya juga yang perlu mengendalikan masalah sendiri..

Mungkin saya perlu ada kekuatan untuk bangkitkan motivasi itu kembali..sebelum ni saya berharap pada yang lain..tapi benarlah.. manusia tetap manusia.. mereka akan datang dan pergi..yakinlah Allah sentiasa menemani setiap saat di mana-mana. Allah Maha Besar..Tiada tuhan melainkan Allah.. Cukuplah Allah buatmu dan buat diriku.. Mungkin hati kosong hingga tidak merasai kasihnya Allah.. Jadikan kalamNya pengubat jiwamu..



0 comments: