Monday, September 14, 2009

"ENTI..ANA SEBENARNYA..."

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam menjelajah ke dalam dunia "World of Islam".. terjumpa karya Dr. Muslimah nie.. macam best je.. takpe bagi mereka yang nak baca..silalah menghadamnya sampai ke penghujung..bagi yang tidak biasa ber ana - enta/ti boleh tukarkan kepada saya-kamu/awak..saya edit sedikit dari sudut penulisan yang dalam singkatan..

Kali ini karya Dr. Muslimah bertajuk "ENTI..ANA SEBENARNYA..."
*********************************************************************************

Enti...

bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti..
hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,
tapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..
di hari-hari yang pasti...

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti 'bukan' lg 'ana' dan 'enti'..
di hari-hari yg pasti...

bukan ana tidak mahu chatting dengan enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti,
dihari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tapi,ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari-hari yang pasti...

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,
tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,
tapi bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..
tidak lagi ,
dihari-hari yang pasti..

...............................
enti yakinlah,
percayalah...

0 comments: