Bergema di sana sini lagu hari raya Aidilfitri... ada juga yang menggunakan nada dering lagu raya.. kedai kain di Nilai juga sibuk mendendangkan lagu raya selepas azan maghrib ke udara.. pekerja di pejabat-pejabat juga menjadikan lagu raya sebagai halwa telinga mereka.. radio apatah lagi banyak juga koleksi lagu rayanya berbanding lagu mengenai ramadhan.. apakah maksud semua ini? mana pergi ruh ramadhan... bukankah beberapa hari yang tinggal ini lagi perlu dihargai...
Ye, Syawal bakal menjelma tidak lama lagi.. hari kemenangan umat Islam yang menjalani ibadah puasa selama sebulan samada penuh atau tidak.. satu reward daripada Allah Subhanahu Wa Taala dengan memberi kegembiraan pada hamba-hambaNya..
sumber: Dari seorang kenalan.. Nurul Syifak
Namun sebelum melangkah ke Syawal, ada reward yang besar, gempak dan hebat juga Allah anugerahkan tapi buat sesiapa yang betul-betul inginkannya.. tak semua yang dapat.. maka siapa yang inginkannya haruslah berusaha lebih. Lagi hebat ganjaran lagi hebat usaha yang perlu ada untuk mendapatkannya.. Siapa nak masuk explorace " Lailatul Qadr" .. angkat tangan! Calon-calon perlulah menghadapi 10 hari ini untuk bertahan dan menghadapinya dengan semangat kental hingga penghujungnya..
Apa yang best tentang Lailatul Qadr?
Bismillahirrahmanirrahim
1. Verily! We have sent it (this Qur'ân) down in the night of Al-Qadr (Decree)
0 comments:
Post a Comment